Sebut saja nasi bujang, pasti ramai yang teringat zaman belajar dulu kan. Bila poket kering, hari-hari duk makan nasi bujang ni. Menu yang simple, tapi sedap dan tak muak.
Istilah nasi bujang ini selalunya dikaitkan dengan mereka yang baru bekerja atau ketika zaman belajar kerana pada waktu itu keadaan kewangan yang sangat terhad.
Nasi bujang adalah makanan yang paling mudah dan murah. Walaupun ia hanya terdiri daripada nasi putih, telur, sup kosong dan sambal, tapi menu ini sangat memberi kepuasan.
Menyebut perihal nasi bujang, satu hantaran oleh seorang pengguna Facebook di laman Masak Apa Hari Ni mendapat perhatian netizen apabila dia berkongsi tentang kisahnya yang bersangkut paut dengan nasi bujang.
Dia menceritakan situasi di kedai makanannya apabila menu nasi bujang menjadi makanan paling laku dan banyak dipesan pelanggan apabila berada di tengah bulan.
Walaupun nama menu itu nasi bujang, pelanggan terdiri tidak mengira status bujang atau berkeluarga, kebanyakan mereka akan memesan menu berkenaan.
“Dik, nasi bujang ada ke?”
Tanya seorang pelanggan, wanita dlm lingkungan 40-an. Saya melihat beliau datang bersama suami dan 3 orang anak, kecil2 lagi..
Hidangan ni paling jadi permintaan di tengah-tengah bulan. Tak kira yang masih bujang atau yang dah berkeluarga..
Kita letak juga daging atau isi ayam di dalam kuah sup tu, telur dadar tu pun kita besarkan sedikit melebihi kuantiti nasi. Tak sampai hati tengok si ayah dan si ibu berkongsi 2 pinggan nasi ni dengan anak-anak..
Kita faham sangat sebab kita dulu pun datang dari keluarga yang susah..
Moga jadi pedoman..
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi bagaimana nasi bujang telah menyelamatkan hidup mereka.
Ramai juga yang mendoakan perniagaan penjual itu kerana tidak lokek berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan.
“Semoga akak dimurahkan rezeki yang melimpah ruah sebab tidak kedekut dengan customer,” kata salah seorang netizen.
Sumber: Syahiran Hilmi
Kalau bosan asyik masak ayam goreng atau ayam masak kicap, apa kata cuba resipi ayam…
Kalau sebut tentang masakan tradisional Melaka, masak lada antara lauk yang cukup terkenal dan digemari…
Resepi dorayaki ini memang sesuai dicuba kalau suka kuih yang lembut, gebu dan mempunyai inti…
Apam pisang kukus antara kuih yang boleh disediakan menggunakan pisang berangan yang sudah cukup masak.…
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…