Dikala hujan, sedapnya kalau dapat hirup masakan yang berkuah seperti sup tauhu telur chinese style ini. Makan satu lauk ini dengan nasi putih saja pun dah cukup.
Anak-anak juga dijamin pasti akan suka masakan begini. Bolehlah cuba masak nanti kalau anak-anak tidak berapa menggemari sayur.
Nak cuba buat? Jom lihat resipi perkongsian oleh Rasyed Kader di bawah.
1. Potong tauhu telur seperti dalam gambar. Kemudian celup dalam tepung jagung dan goreng sehingga bertukar warna. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih yang sudah dicincang sehingga bertukar warna. Kemudian baru masukkan air dan biarkan ia mendidih.
3. Sediakan sebiji telur dalam mangkuk dan pukul sebati. Bila air tadi sudah mendidih, baru masukkan telur dan kacau sebati untuk dapatkan tekstur telur yang cantik.
4. Masukkan apa jua sayur kesukaan seperti karot, baby pakchoy, sawi, bebola ikan, cendawan, brokoli dan lain-lain. Boleh juga letakkan isi ketam yang sudah dicarikkan.
5. Masukkan tauhu telur yang digoreng tadi. Perasakan dengan gula, garam atau serbuk perasa secukupnya.
6. Biarkan menggelegak sedikit dan sediakan bancuhan air tepung jagung. Masukkan 2 hingga 3 sudu makan air tepung jagung. Masak seketika, bila dah nampak pekat sedikit boleh tutup api.
7. Taburkan daun bawang jika ada. Selamat mencuba!
Kredit: Rasyed Kader
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…