Tajuk resipi hari ini diberi nama resipi sup mi ayam gaya bangsawan kerana bahan-bahan yang digunakan dalam sup mi ayam ini, lain dari lain!
Penambahan bahan seperti keju akan membuatkan kuah sup mi ayam ini lebih pekat namun tidak rasa muak. Resipi ini sesuai untuk sesiapa yang mahukan hidangan yang mudah dan cepat disediakan.
Jom kita lihat resipi lengkap di bawah ini.
Baca lagi: Lelaki Ini Ajar Cara Buat Bara Api Guna Kotak Telur, Sekejap Saja Dah Boleh Panggang!
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk besar di atas api sederhana.
2. Masukkan bawang besar yang telah didadu dan tumis sehingga bawang lembut dan kekuningan, lebih kurang 4-5 minit.
3. Masukkan bawang putih, lobak merah, dan saderiri. Tumis selama 3 minit lagi sehingga sayur mula lembut.
4. Tuangkan stok ayam ke dalam periuk bersama ayam yang telah disiat-siat tadi. Kacau rata dan biarkan sup mendidih secara perlahan.
5. Turunkan api ke tahap sederhana-rendah, kemudian masukkan krim keju yang telah dipotong kiub. Kacau perlahan-lahan sehingga krim keju mencair sepenuhnya dan menyatu dengan kuah.
6. Masukkan keju cheddar, dill, parsli, garam, dan lada hitam secukup rasa. Kacau sehingga keju mencair sepenuhnya dan kuah menjadi lebih pekat serta berkrim.
7. Masukkan mi telur dan biarkan ia masak selama 7-10 minit, atau sehingga mi menjadi lembut. Pastikan mi sebati dengan kuah yang pekat dan penuh rasa.
8. Hidangkan sup panas-panas dalam mangkuk, dan taburkan sedikit parsli segar di atasnya untuk hiasan.
Selamat mencuba!
Sumber: Cheap Dinner Ideas
Baca lagi: Resipi Pancake Pandan, Setiap Gigitan Terasa Kastard Yang Lembut & Berkrim!
Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…
Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…
Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…
Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…
Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…
Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…