sup daging thai

Siapa penggemar sup daging Thai, anda boleh cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resipi ini.

Cara memasak sup ini juga tidak susah, tanpa menggunakan minyak dan tanpa tumis tapi hasilnya memang ‘mantap’!

Jom cuba resipi perkongsian dari Nurul Shuhada Mat Rozi di bawah.

Baca juga: Petua Defrost Daging Dengan Cepat, Sepantas 5 Minit Lauk Dah Lembut!

CARA MASAK SUP DAGING THAI

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 1 sudu teh lada hitam (tumbuk)
  • 1 sudu teh ketumbar (tumbuk)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Kicap sotong
  • Sup bunjut
  • Gula thai /gula biasa pun boleh (sikit saja)
  • Air 3 cawan utk rebus daging
  • Daging 300gram

Bahan hiasan:

  • Bawang holand
  • Cili
  • Daun ketumbar
  • Tomato
  • Bawang goreng

Cara-cara:

  1. Ketuk bawang putih 3 ulas, halia dan lengkuas. Masukkan dalam air rebusan daging.
  2. Masukkan sup bunjut,.
  3. Tumbuk sedikit lada hitam dan ketumbar, kemudian masukkan ke dalam kuah sup.
  4. Perasakan dengan gula, garam, serbuk  perasa dan kicap sotong thai. Boleh juga letak gula thai jika ada (ganti gula biasa).
  5. Untuk seimbangkan rasa sup, perah asam limau secukupnya.
  6. Bila daging dah empuk, masukkan potongan bawang holland, daun ketumbar, cili dan tomato.
  7. Terus tutup api, tabur bawang goreng untuk menaikkan lagi aroma sup.
  8. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Nurul Shuhada Mat Rozi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN