Categories: Resipi

Resipi Sotong Masak Cili Padi Kunyit, Tekstur Lembut & Tak Kecut Bila Ikut Cara Ini

Bila dah hari-hari kena fikir menu, kadang-kadang otak pun tepu. Jadi hari ini MyResipi nak bagi satu idea iaitu Resipi Sotong Masak Cili Padi Kunyit. Lauk ini bukan saja senang nak buat, tapi boleh buat nasi bertambah-tambah!

Yang menariknya resipi ini, kita tak perlukan bahan pelik-pelik. Cukup dengan sotong segar, cili padi, bawang dan serbuk kunyit. Dah ada semua bahan ini, boleh hasilkan lauk yang menyengat dan membangkitkan selera.

Kalau anda tengah cari idea lauk ekspres tapi tetap menyelerakan, resipi ini memang wajib cuba. Ikut saja langkah-langkah mudah yang dikongsi di bawah. Confirm tak menyesal, malah mungkin jadi lauk wajib setiap minggu!

Baca juga: 6 Jenis Sotong Popular Di Malaysia, Yang ‘Satu’ Ini Paling Banyak Diguna Dalam Masakan

RESEPI SOTONG MASAK CILI PADI KUNYIT

Bahan-bahan:

  • Sotong kecil setengah kilo (cuci dan bersihkan terlebih dahulu)
  • Garam
  • Serbuk kunyit

Bahan kisar/tumbuk:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili padi merah
  • 4 tangkai lada besar hijau

Semua bahan di atas boleh dikisar menggunakan chopper atau ditumbuk. Elakkan guna blender kerana hasilnya akan terlalu halus dan kurang rasa cili.

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali, masukkan sotong dan biarkan seketika sehingga keluar airnya.
  2. Toskan sotong dan buang airnya jika tidak mahu lauk berkuah sangat. (Kalau suka berkuah, boleh simpan dan guna semula air sotong tadi.)
  3. Tumis bahan kisar/tumbuk tadi dengan minyak yang agak banyak pun tak mengapa.
  4. Masukkan garam dan serbuk kunyit secukup rasa.
  5. Bila bahan tumis dah kelihatan layu dan naik bau, masukkan sotong yang telah ditoskan tadi.
  6. Masak sekejap saja jangan lama-lama nanti sotong jadi liat.
  7. Siap! Dah boleh makan dengan nasi panas-panas. Jangan lupa masak nasi lebih sikit, confirm bertambah!

Sumber: Nurul Joe

Baca juga: Tips Masak Sotong Kembang Agar Tak Liat & Lembut, Rupanya Kena Goreng Dulu Sehingga Kering Air

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

16 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

16 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

16 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

16 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

18 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

19 hours ago