sotong berlada

Kalau dekat rumah ada stok sotong dalam peti ais tapi tak tahu nak masak apa, boleh cuba resipi sotong berlada ini. Memang padu rasa dia sebab lengkap dengan rasa pedas dan manis.

Lagi nikmat bila makan panas-panas dengan nasi putih, memang laju tangan tambah nasi dibuatnya. Menu macam ini memang sesuai sangat untuk hidangan tengah hari ataupun makan malam bersama keluarga.

Kadang-kadang kita nak masak lauk yang ringkas sahaja tapi mampu buat satu rumah makan berselera. Resipi sotong ini antara menu yang tak renyah untuk disediakan.

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Masak Merah Ayam, Suami Puji ‘Paling Sedap’ Sampai Selalu Minta Buat!

RESIPI SOTONG BERLADA

sotong berlada

Bahan utama:

  • 500 gram sotong
  • 1 biji bawang holland (hiris)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 4 helai daun limau purut (buang tangkai)

Bahan kisar:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji cili besar
  • 2 biji cili padi atau lebih ikut tahap kepedasan

Bahan perasa & sos:

  • Sedikit gula melaka
  • Sedikit air
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa atau ajinomoto (jika suka)
  • Sedikit gula putih

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan sotong terlebih dahulu dengan membuang dakwat hitam dan tulangnya. Basuh bersih kemudian potong bulat-bulat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit gula melaka dan kacau sebati supaya sambal jadi lebih sedap dan ada rasa manis seimbang.
  4. Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit kicap manis.
  5. Kacau rata hingga sambal nampak pekat dan cantik.
  6. Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula putih mengikut citarasa.
  7. Teruskan memasak sehingga sambal benar-benar pecah minyak.
  8. Masukkan sotong dan bawang holland hiris. Gaul rata dan masak sekejap sahaja sehingga sotong berubah warna dan masak.
  9. Jangan masak terlalu lama kerana sotong mudah menjadi liat. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Noorul Aida

Baca juga:

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN