Hujung minggu nanti jom buat BBQ depan rumah dengan menggunakan resipi sos perapan guna 3 bahan ini. Barulah cuti terisi bersama orang tersayang, masa juga tidak terbuang begitu sahaja.
Sos perapan ini sesuai untuk perap kambing, ayam dan sosej. Memang menjimatkan masa, sekali buat boleh perap 3 benda sekaligus.
Nak tahu caranya? Lihat resipi sos perap yang mudah dan sedap hasil perkongsian oleh Saleha Maarof di bawah. Selamat mencuba!
1. Campurkan sahaja 3 bahan di atas. Sukatan mengikut kuantiti bahan yang mahu dibuat.
2. Lebihkan sos black pepper. Kalau suka pedas, lebihkan serbuk cili.
3. Gaul sebati bersama kambing, potongan ayam atau sosej.
4. Rasa terlebih dahulu supaya seimbang rasa pedas dan manis madu. Ubahsuai mengikut citarasa masing-masing.
5. Perap selama 5 hingga 6 jam sebelum dibakar.
6. Semasa membakar, guna kuali lebar. Letak minyak supaya isi tak kering. Letak sos perap semasa balikkan isi supaya lebih sedap.
Begini sahaja cara membuat sos perap. Nak makan kat luar rasa tak berbaloi, baik buat sendiri di rumah. Tapi tiada masalah jika sesekali rasa nak makan kat luar. Semoga bermanfaat!
Kredit: Saleha Maarof
Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…