teresek jantung pisang

Teresek jantung pisang adalah salah satu masakan tradisional Kelantan yang boleh dikatakan sebagai menu ‘legend’. Hidangan ini biasanya dihidangkan di majlis kenduri dan perkahwinan, namun kini semakin ramai yang tidak mengenali kewujudan menu istimewa ini.

Bagi yang pernah mencubanya, makan nasi putih bersama kuah teresek yang pekat dan berempah memang memberikan pengalaman rasa yang autentik. Kuahnya tidak banjir, tetapi cukup untuk membasahkan nasi.

Baca juga: Tip Rebus Jantung Pisang Supaya Putih Bersih & Tiada Birat Hitam, Dijamin Berkesan!

RESEPI TERESEK JANTUNG PISANG

teresek jantung pisang

Bahan-bahan:

  • Jantung pisang, hiris nipis dan direbus
  • Garam (untuk merebus jantung pisang)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Biji ketumbar
  • Cili hidup
  • Serbuk kari ayam atau daging
  • Santan
  • Asam keping
  • Kerisik
  • Garam
  • Sedikit air

Cara-cara memasak:

  1. Hiriskan jantung pisang nipis dan rebus bersama sedikit garam. Toskan dan ketepikan.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, biji ketumbar dan cili hidup sehingga halus.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Tambah serbuk kari ayam/daging dan kacau rata.
  5. Masukkan kopeh ayam (jika suka) dan sedikit air. Biarkan mendidih seketika.
  6. Tambah garam secukup rasa dan asam keping.
  7. Tuang santan dan kacau rata. Masak hingga mendidih.
  8. Masukkan kerisik dan jantung pisang yang telah direbus. Reneh sehingga semua bahan masak sepenuhnya.

Sumber: Yanie Riani

Baca juga: Resipi Jantung Pisang Goreng Cili, Masakan Unik Tapi Sedap Sangat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN