tebu telur masak lemak

Pasti ramai yang belum pernah mencuba menu tebu telur masak lemak, kan? Tebu ini merupakan sebahagian daripada bunga tumbuhan yang mempunyai tekstur lembut seperti telur ikan.

Apabila dimasak dengan kuah lemak kuning yang pekat, gabungan tekstur tebu dan kemanisan udang segar akan menghasilkan rasa yang sangat luar biasa.  Mari kita lihat cara penyediaannya di bawah.

Baca juga: Resepi Masak Lemak Telur Dadar, Lauk Simple Tapi Sedapnya Berhantu Betul!

RESIPI TEBU TELUR MASAK LEMAK

tebu telur masak lemak

Bahan-bahan:

  • Tebu telur
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili
  • Kunyit hidup
  • Santan
  • Fucuk tauhu (direndam)
  • Udang (jika suka boleh letak)
  • Garam, gula dan serbuk perasa

Cara-cara memasak:

  1. Kupas kulit luar tebu sehingga nampak isinya yang lembut. Potong mengikut saiz yang sesuai.
  2. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili dan kunyit hidup.
  3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali dan tuangkan santan.
  4. Buka api dan sentiasa kacau kuah supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Masukkan fucuk tauhu yang telah direndam dan tebu. Teruskan mengacau.
  6. Apabila kuah mula mendidih perlahan, masukkan udang.
  7. Masukkan garam, bahan perasa dan sedikit ajinomoto mengikut selera anda.
  8. Masak sehingga semua bahan empuk dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Sumber: Siti Zuraida Hilmie

Baca juga: Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api Padu, Kuah Pekat Lemak & Pedas Cili Padi Menyengat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN