sambal kering ikan

Sambal kering ikan antara lauk yang mudah disediakan tetapi cukup menyelerakan. Gabungan ikan goreng yang garing bersama sambal cili kering yang pedas, manis dan sedikit masam memang membuka selera, terutama bila dimakan bersama nasi putih panas.

Resipi ini sesuai untuk yang mencari idea lauk ringkas menggunakan bahan yang ada di dapur. Tak perlu banyak bahan atau cara memasak yang rumit, hanya goreng ikan, kisar bahan sambal dan gaulkan semuanya sehingga sebati.

Menariknya, sambal kering ikan ini juga boleh dibuat mengikut cita rasa sendiri. Nak guna ikan kembung, ikan selar, ikan bilis atau apa saja ikan kegemaran pun boleh. Sukatan gula, garam dan tahap kepedasan juga boleh diubah mengikut selera keluarga.

Baca juga: Resepi Ikan Bakar Lapik Daun Pisang, Bakar Atas Kuali Pun Tetap Wangi & Sedap

RESIPI SAMBAL KERING IKAN

sambal kering ikan

Bahan-bahan:

  • Ikan pilihan (digoreng terlebih dahulu)
  • Segenggam cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ cawan air panas
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Cuka secukupnya (boleh ganti dengan asam jawa atau asam keping)
  • Minyak untuk menggoreng ikan

Cara-cara penyediaan:

Bersihkan ikan pilihan dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Cuci cili kering sehingga bersih. Masukkan ke dalam pengisar bersama bawang besar, bawang putih dan air panas.
Kisar semua bahan sehingga menjadi pes sambal.
Panaskan semula kuali menggunakan minyak goreng ikan tadi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga sambal masak serta pecah minyak.
Tambahkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Jika tiada cuka, boleh gantikan dengan air asam jawa atau asam keping.
Masukkan ikan goreng ke dalam kuali dan gaul perlahan-lahan sehingga sambal menyaluti ikan dengan sekata.
Sambal kering ikan siap untuk dinikmati bersama nasi panas.

Sumber: Thread @ameenfami

Baca juga: Resipi Talapia Masak Lemak Cili Api, Ikan Digoreng Rangup Bersalut Kuah Lemak Pedas

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN