Roti sosej gulung ini sesuai dihidangkan semasa jamuan di rumah, sekolah atau pejabat. Tak kira jamuan sempena Hari Raya, rumah terbuka mahupun apa-apa jamuan.
Cara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah. Anda hanya memerlukan roti, sosej, telur dan serbuk roti sebagai bahan utama.
Kos bahannya juga hanya sebanyak RM20 untuk 20 biji. Jimat kan? Jom lihat perkongsian resepi sosej gulung yang telah dikongsikan oleh Fina Tuah di bawah.
Baca juga: Resipi Cheesy Garlic Bread ‘Sedap Gila’, Buat Tiap Hari Pun Takkan Puas
1. Ambil sekeping roti, kemudian alaskan dengan plastik dan lenyekkan menggunakan cawan atau apa-apa yang sesuai.
Tujuan alas dengan plastik supaya roti tidak melekat dah mudah untuk diangkat. Roti pula kena penyet supaya bila digoreng nanti tidak terlalu berminyak.
2. Letakkan sosej ke atas roti. Sapu adunan telur yang sudah dipukul sebagai gam untuk lekatkan gulungan roti.
3. Gulung dengan kemas.
4. Kemudian potong kepada dua bahagian.
5. Golekkan dalam adunan telur terlebih dahulu, seterusnya golekkan ke dalam serbuk roti.
6. Sedia untuk digoreng dalam minyak yang sudah panas menggunakan api sederhana sehingga golden brown.
7. Jangan goreng terlalu lama kerana roti mudah garing. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Fina Tuah
Baca juga: Resipi Roti John Homemade, Confirm Lagi Puas Hati Boleh Letak Inti Bertimbun!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…