Resipi roti john guna terung. Menu rendah karbo yang enak dan mudah untuk disediakan. Salah satu hidangan sesuai bagi anda yang sedang mengamalkan diet bagi menurunkan berat badan.
Menurut empunya resipi, saudari Noorul Izzah Marzuki, menu ini adalah salah satu menu rendah karbohidrat yang diamalkan oleh beliau dan suami semasa proses menurunkan berat badan dari 130kg ke 65kg manakala suaminya dari 195kg ke 85kg.
Bahkan mereka juga berjaya mengawal diabetes dan juga tekanan darah tinggi. Wow, Boleh dicuba ni. Jom lihat cara-caranya.
1. Hancurkan dan masakkan sekejap beef patty/daging burger di atas pan.
2. Bancuh telur dengan serbuk blackpepper, garam, daun ketumbar. Kemudian masukkan beef patty hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa² rempah atau serbuk kari pun boleh je). Ketepikan.
3. Panaskan sedikit butter di atas pan, tabur garam dan black pepper, gril kan terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan.
4. Tuangkan adunan telur atas pan, ratakan. Bila dah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang dah digrillkan tadi, tampalkan atas telur yang sedang dimasak atas pan.
5. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayonis (kewpie merah) dan sayuran/kubis.
Selamat mencuba!
Kredit: Noorul Izzah Marzuki
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…