Categories: Resipi

Nak Roti Canai Gebu Macam Kedai? Cuba Resipi Mudah Ini, Lembut Sampai Gigitan Terakhir!

Resipi roti canai lembut ini sesuai untuk anda yang ingin menghasilkan roti canai homemade dengan tekstur gebu dan tidak liat. Rahsianya terletak pada proses menguli dan tempoh doh direhatkan.

Walaupun perlu menunggu beberapa jam sebelum doh boleh ditebar, langkah ini penting untuk mendapatkan doh yang lebih elastik. Dengan doh yang cukup direhatkan, roti canai juga lebih mudah ditebar tanpa mudah terkoyak.

Resipi ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti tepung gandum, susu pekat manis, minyak, dan mentega. Hasilnya ialah roti canai yang lembut di dalam dengan permukaan yang sedikit garing apabila dimasak.

Baca juga: Resepi Roti Canai Mudah Homemade, Guna 4 Bahan Je Tapi Hasilnya Macam Beli Di Kedai

RESIPI ROTI CANAI LEMBUT

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1½ sudu teh garam
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar minyak masak
  • ½ cawan air suam
  • 1 cawan air sejuk
  • Mentega secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung gandum, garam, susu pekat manis, dan minyak masak ke dalam bekas.
  2. Gaulkan kesemua bahan tanpa air terlebih dahulu sehingga sebati.
  3. Masukkan ½ cawan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul dan menguli doh.
  4. Sediakan 1 cawan air sejuk. Masukkan sedikit demi sedikit mengikut keperluan sambil terus menguli.
  5. Uli doh menggunakan tangan selama kira-kira 30 minit atau sehingga doh licin, elastik, dan tidak melekat pada tangan. Jika ada, doh juga boleh diuli menggunakan mesin penguli (dough mixer).
  6. Tutup doh dengan kain dan rehatkan selama 15 minit.
  7. Uli semula doh selama 10 minit sehingga permukaannya lebih licin dan teksturnya elastik.
  8. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Lumurkan setiap bahagian dengan mentega dan minyak masak.
  9. Susun doh dalam bekas yang telah dilumurkan minyak. Tutup dan rehatkan sekurang-kurangnya 6 jam.
  10. Setelah doh cukup direhatkan, lumurkan permukaan dulang atau meja dengan minyak.
  11. Tebarkan doh sehingga nipis mengikut saiz yang diingini.
  12. Panaskan kuali dan masak roti canai menggunakan api sederhana sehingga kedua-dua bahagian masak dan keperangan.
  13. Angkat dan siap untuk dinikmati!

Sumber: Syalfarina

Baca juga: Kedai ‘Tomyam Malaysia’ Mendunia Di India, Siap Ada Menu Roti Canai Dan Apam Balik

Izzati

Recent Posts

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

2 mins ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

45 mins ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

2 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

3 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

3 hours ago

Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

3 hours ago