Seorang lelaki berkongsikan resipi air keladi aiskrim vanilla yang diperolehi daripada seorang penjual air balang. Siapa yang pernah cuba pasti tahu kesedapannya! Lemak dan manisnya sangat sesuai untuk berbuka puasa.
Resipi ini sukatan untuk 6 liter air. Jika anda mahu buat untuk minum di rumah saja, kurangkan kuantiti bahannya mengikut kesesuaian.
Yang paling penting, anda perlu menggunakan jenama perisa keladi yang dinyatakan, barulah sama macam di Bazar Ramadan!
Baca juga: Resipi Buko Pandan Yang Sedap, Ikut Teknik Ini Kalau Nak Lebih Berkrim
Berikut merupakan perkongsian oleh Sharul Ejump:
βAku cakap dekat Boboy adik ipar aku, panas-panas ni berbuka dengan air keladi ada aiskrim mantap ni. Aku pula teringat masjid tempat aku selalu sembahyang Jumaat buat sebalang air keladi berebut orang nak minum sebab sedap.
Maka pergilah beli bahan-bahan sebagai proses pembuatannya. Tak lah susah mana pun. Tapi seronoknya minum ramai-ramai dengan ahli keluarga. Modal kasar sedikit tapi sedap yakmat sampai balun air sahaja dah mendak perut.
Nah aku share resepinya buat yang nak mencuba. Aku pun dapat resepi ini dari TikTok @dapomakkiah yang meniaga kat Bukit Batu yang viral tuh. Santai sementara masih pagi lagi nih harap korang boleh bertahan dengan kelemakan dan kelazatan air keladi aiskrim vanilla ini!β
1. Tuangkan 3 tin susu pekat ke dalam balang.
2. Kemudian masukkan pula 3 tin susu cair dan perisa keladi.
3. Seterusnya tuangkan air masak.
4. Masukkan kiub ais.
5. Akhir sekali masukkan aiskrim vanilla.
Video asal:
@dapomakkiah Replying to @hafiz4077 okey bang.dah boleh pancen main tiktok.saya sedekahkan resepi keladi ni untuk semua..Bismillah #CapCut #dapomakkiah #airbalangfloat #rahmadantiba2023πππ #fyp #foryou #bukitbatu #halal2023 #barangjadi #johorfoodie #foodie #Makanlokal #hello2023 #MYfoodie #inistlyekita @Shawal nizam b Hashim Shawal berani cuba ke?
Baca juga: Susu Ada Macam-Macam Jenis, Tapi Ada Satu Susu Yang Boleh Buat βPotong Kakiβ!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…