Categories: Resipi

Resipi Lala Masak Kam Heong Ala Restoran Cina, Guna Bahan Mudah Je!

Ada banyak resepi lala yang kita boleh cuba, salah satunya adalah resipi lala masak kam heong yang sedap dan mudah untuk disediakan. Pastikan anda menggunakan lala yang segar kerana ia akan mengeluarkan rasa manis dan seterusnya menghasilkan masakan yang enak.

Lala tidak perlu dimasak terlalu lama kerana akan menyebabkan isinya liat. Sebab itu lala perlu dimasukkan pada langkah yang terakhir. Jom kita cuba resipi yang telah dikongsikan oleh Saudari Warong Wak Misai di bawah.

Baca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut

Resipi Lala Masak Kam Heong

Bahan-bahan:

  • Bawang besar – dicincang
  • Bawang putih – dicincang
  • Halia – hiris memanjang
  • Cili padi 3 atau 4 biji – dihiris
  • Daun kari
  • Lala 1/2 kg

Bahan-bahan pes:

  • Serbuk kari 1 ½ sudu besar
  • Sos cili 2 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Kicap ABC 2 sudu besar
  • Kicap manis 2 sudu besar
  • Gula 1/2 sudu kecil (optional)

Cara-cara memasak:

1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi yang sudah dihiris. Kemudian masukkan daun kari.

2. Bancuhkan serbuk kari, sos cili, sos tiram, kicap ABC, kicap manis dan gula. Gaul rata sehingga menjadi pes.

3. Masukkan bancuhan pes ke dalam kuali. Gaul rata.

4. Kemudian masukkan lala serta tuangkan sedikit air, jangan banyak kerana lala akan mengeluarkan airnya sendiri juga.

5. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Warong Wak Misai

Baca juga: Jom Cuba Resipi Lala Masak Serai Untuk Berbuka, Satu Keluarga Makan Berselera!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

6 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

6 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

6 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

7 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

7 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

11 hours ago