Categories: Resipi

Jom Cuba Buat Sup Ayam Mamak Style Yang Sedap & Mudah

Pernah dengar sup ayam mamak style? Mungkin ada antara anda suka makanan yang ada di kedai mamak tapi nak dapat rasa yang sesuai sangat susah.

Berdasarkan resipi yang dikongsi oleh Gaithri Cheran pasti lepas ni anda boleh hasilkan menu yang sama dengan kedai tersebut.

Resipi Sup Ayam Mamak Style Yang Superb

Bahan-bahan:

*Bahan ini perlu ditumbuk dan digoreng tanpa minyak

  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

*Bahan digiling/diblend

  • 2 cm halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 2 ketul kiub ayam
  • 1 biji tomato
  • 2 biji kentang (potong dadu besar)
  • Carrot (potong dadu besar)
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Bahan yang perlu digoreng tanpa minyak itu mesti masak selama 3 minit. Tunggu sehingga garing.
  2. Selepas itu, tumbuk halus menggunakan batu penumbuk sehingga menjadi serbuk kasar.
  3. End of result ditumbuk tadi. Kalau nak halus, boleh blend guna dry blender.
  4. Letakkan 3 sudu besar minyak. Kemudian, masak bawang dengan bahan digiling tadi selama 3 minit sampai ia bertukar warna kuning keemasan.
  5. Masukkan ayam, kentang dan lobak merah. Kalau suka boleh letak tomato sekali.
  6. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan masak bersama ayam selama 5 minit.
  7. Tambah air secukupnya, lebih kurang 1 liter. Gaul rata.
  8. Letak garam dan 2 ketul kiub ayam. Biarkan ia reneh dengan api sederhana. Proses ini akan mengambil masa 1 jam.
  9. Finally, siap!

Baca juga:

Cara Buat Kari Kambing Style Mamak Tanpa Santan, Lagi Padu!

Resipi Mi Goreng Stail Mamak, Sekejap Dah Siap Masak Tapi Sedap Kemain!

Fatin

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

6 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

6 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

6 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

7 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

8 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

8 hours ago