Tiada idea nak masak apa untuk sarapan pagi? Apa kata jom cuba buat Puff Pastry Sosej Cheese yang mudah dan sedap ini.
Anak-anak nak bawa bekal ke sekolah pun sesuai sangat, mengenyangkan pula tu! Cara membuatnya juga mudah, hanya perlu guna air fryer.
Nak tahu bagaimana cara penyediaannya? Jom baca resipi lengkap di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Sandwich Strawberry & Chocolate Penut Butter, Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak Confirm ‘Laris’!
1. Sediakan puff pastry dan kepingan cheese. Potong dua bahan ini kepada dua bahagian atau mengikut saiz sosej.
2. Mula-mula, letakkan cheese di atas pastry. Kemudian letakkan pula sosej di atasnya.
3. Seterusnya, gulung puff pastry dengan kemas seperti dalam gambar di bawah.
4. Sapukan juga telur kuning di atas puff yang sudah siap digulung.
5. Bakar dalam air fryer pada suhu 200℃ selama 10 minit mengikut air fryer masing-masing.
Siap! Selamat mencuba.
Kredit: Murni Mj
OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…
Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…
Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…
Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…
Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…
Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…