Categories: Resipi

Resipi Puding Trifle Cute, Ikut Cara Ini Sesuai Untuk Berniaga

Resipi pencuci mulut yang sedap mestilah yang berasaskan puding seperti resipi puding trifle. Lagi-lagi kalau makan waktu sejuk memang tahu-tahu je dah habis!

Resipi yang MyResipi ingin kongsikan hari ini dijamin menjadi dan sedap (asalkan pembaca tidak derhaka kepada resipi) kerana Cik Puan Asmida Nor telah gunakan cara membuat puding trifle ini untuk berniaga.

Untung kita dapat resipi yang khas digunakan untuk meniaga kan? Jom baca sama-sama.

Baca juga: Cara Buat Roti Jala Coklat Yang Lembut & Kurang Manis, Siap Ada Sos Cicah!

RESIPI PUDING TRIFLE

Bahan-Bahan:

  • 1 roll kek swiss roll pandan
  • 1 tin koktail (asingkan air dan buahnya)
  • 1 paket serbuk agar-agar (bahagikan 2, timbang 5g) (saya guna warna merah)
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 6 sudu tepung kastard
  • 1 tin air (sukat menggunakan tin susu cair)
  • Secubit garam

Cara Penyediaan:

1. Potong kek swiss roll pandan mengikut ketebalan yang anda mahukan. Saya potong lebih kurang setengah inci.

2. Susun kepingan kek dalam bekas seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

3. Siram air koktail ke atas kek tersebut, hanya basahkan sahaja.

4. Sediakan adunan kastard terlebih dahulu. Satukan air, susu cair, gula, tepung kastard, air lebihan koktail, dan garam.

5. Masak sehingga adunan menjadi pekat dan meletup-letup.

6. Biarkan adunan suam dan tuang 1 sudu besar ke atas kek tadi.

7. Setelah adunan kastard tadi suam, letakkan buah koktail di atasnya.

8. Sediakan adunan jelly pula. Campurkan 3 1/2 cawan air, 1 sudu esen ros atau sirap, 4 sudu gula, dan 5g serbuk agar-agar.

9. Kacau bahan-bahan tersebut sebelum membuka api dan kacau hingga mendidih.

10. Biarkan suam sedikit dan tuang di atas kastard tadi.

11. Biarkan sejuk sedikit dahulu sebelum memasukkan ke dalam chiller.

Puding Trifle ini sedap dimakan sejuk-sejuk, nyaman aje tekak. Selamat mencuba!

Sumber: Asmida Nor

Baca juga: Roti Garlic Dan Sup Cendawan Paling Ringkas, Sesuai Untuk Sarapan

Aisha Qistina

Recent Posts

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

4 days ago

Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…

4 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…

5 days ago

Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…

5 days ago

Resipi Beef Lasagna Tanpa Guna Sos Segera, Sedap Makan Panas-Panas!

Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…

5 days ago

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

1 week ago