Categories: Resipi

Resipi Puding Biskut Marie ‘Kurang Manis’, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

Cuaca panas sekarang sedapnya kalau dapat makan sesuatu yang menyejukkan tekak seperti Puding Biskut Marie ini.

Siapa yang tak terlalu suka manis, boleh cuba buat nanti. Bukan saja mudah, pencuci mulut ini juga sangat sedap. Jom cuba!

Cara Buat Puding Biskut Marie Kurang Manis

Bahan-bahan:

  • Loyang saiz 8 inci

Bahan lapisan pertama (coklat):

  • 12g agar-agar tali
  • 4 cawan air (1 cawan air = 250ml)
  • 1 cawan dairy whipping cream ( kalau takde gantikan dengan susu cair)
  • 1 sudu makan butter. Tak kesah salted or unsalted. Pakai buttercup pun boleh.
  • 7 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • 5 sudu makan milo
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan dark chocolate
  • 3/4 cawan gula (190 gram gula)

Cara-cara lapisan kedua (putih):

  • 6 gram agar agar tali
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1/4 cawan gula (80 gram gula)
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara buat lapisan pertama (coklat):

  1. Masukkan 4 cawan air + 12g agar-agar tali yang telah dibasuh. Biarkan mendidih sehingga terlerai agar-agar tali tadi.

  2. Kemudian baru masukkan 3/4 cawan gula. Kacau sebati hingga gula larut.
  3. Bila dah larut masukkan 5 sudu makan milo + 1 sudu makan serbuk nescafe. Kacau sebati.

  4. Bila dah sebati masukkan pula 7 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.
  5. Selepas itu masukkan 1 cawan dairy whipping cream (kalau takde gantikan dengan susu cair). Kacau sampai separuh sebati.
  6. Masukkan 1 sudu makan butter.
  7. Gaul sebati biar sehinga jadi sekata dan satu warna serta tiada ketulan. Bila dah sebati biarkan dia mendidih. Jangan kacau. Biarkan ia mendidih dalam 1-2 minit sahaja.

  8. Bila dah mendidih, masukkan 1/2 cawan dark chocolate. Kacau atas api perlahan. Dah sebati, terus matikan api.

  9. Masukkan secubit garam, kacau sebati dan biarkan dalam 3-4 minit baru tuang atas loyang.
  10. Tuang atas loyang dulu adunan tadi sampai tak nampak base loyang, kemudian baru letak biskut marrie. Dah penuh satu loyang, tutup balik dengan adunan coklat tadi sampai menutupi lapisan marie tadi.

  11. Masukkan dalam peti 2 minit sahaja, kemudian sambung letak lagi biskut marie. Dan terus tutup dengan lebihan coklat tadi.

  12. Ada 2 lapis sahaja lapisan biskut marie. Biarkan dalam peti sementara buat lapisan putih.

Cara-cara buat lapisan kedua (putih):

  1. Letakkan 2 cawan air + 6 gram agar agar tali yang dah dibasuh. Biarkan mendidih sehingga terlerai agar-agar tali tadi, baru masukkan 1/4 gula. Dah larut masukkan 1 cawan susu cair.
  2. Kacau sebati & biarkan mendidih dalam 1-2 minit. Tutup api dan masukkan 1 sudu kecil essen vanila. Gaul sebati, ketepikan dalam 3-4 minit baru tuang atas lapisan coklat yang dah set tadi.

  3. Cucuk-cucuk dengan garpu dulu agar lapisan melekat dan tak terpisah bila potong.

  4. Tuang rendah dan perlahan lahan. Setkan dalam 4 jam dan boleh makan.

  5. Regangkan dari loyang dan terbalikkan atas board.

  6. Selamat mencuba!

Kredit: Muhammad Ali

Wan N

Recent Posts

Resipi Kerang Masak Serai, Bau Tumisan Halia & Bawang Putih Naikkan Selera Makan!

Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…

2 hours ago

Muruku Rangup Dan Tak Mudah Lemau, Ini 5 Tip Penting Yang Ramai Tak Tahu!

Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…

5 hours ago

Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!

Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…

5 hours ago

Colek Jemput Malas Guna 1kg Tepung Gandum, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Dan Jimat!

Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…

6 hours ago

Cara Mudah Buat Cream Puff Inti Kastard, Saiz Kecil Molek Senang Nak Ngap!

Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…

6 hours ago

Resipi Muruku Mentega Yang Rangup Berlemak, Makan Segulung Gerenti Tak Cukup!

Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…

6 hours ago