Categories: Resepi

Resipi Pudding Lumut Butter, Sesuai Buat Hidangan Petang!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-26 00:13:51

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan ini, mesti ibu-ibu di rumah dah cuba pelbagai resipi baru untuk hidangan sekeluarga. Kadang-kadang pun saja nak hilangkan bosan di rumah sambal mematuhi SOP yang ditetapkan. Resipi kali ini lebih mudah dan selalu juga menjadi pencuci mulut pada waktu petang. Bagi yang belum pernah mencuba, ini ada resipi Puding Lumut Butter yang dikongsikan daripada Zulaikha Ghazali menerusi laman Facebook.


Kredit: Zulaikha Ghazali

 

Bahan agar-agar lumut:

  • 2 biji telur
  • 200 ml santan kotak
  • 4 cawan air
  • ¾ cawan gula (atau terpulang mengikut tahap kemanisan yang diingini)
  • ½ sudu besar garam
  • Pewarna hijau

 

Bahan butter:

Cara-cara:

  1. Mula-mula, campurkan kesemua bahan pudding yang disediakan ke dalam satu bekas. Kacaukan sehingga sebati.


    Kredit: Zulaikha Ghazali
  2. Kemudian, masukkan sebungkus serbuk agar-agar dan pewarna hijau. Jika semuanya sudah sebati, teruskan menuang ke dalam periuk.


    Kredit: Zulaikha Ghazali
  3. Masak pudding sambil mengacaunya dengan api yang perlahan. Tunggu sehingga teksturnya nampak berketul dan mendidih,
    kemudian tutup api. Biarkan seketika sehingga puding agak sejuk.


    Kredit: Zulaikha Ghazali
  4. Apabila sudah agak sejuk, tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk.


    Kredit: Zulaikha Ghazali
  5. Untuk lapisan butter, campurkan kesemua bahan yang disediakan dan kacau sehingga rata dan sebati.


    Kredit: Zulaikha Ghazali
  6. Kemudian, masakkan satu paket serbuk agar-agar dan 3 cawan air dengan api yang perlahan.


    Kredit: Zulaikha Ghazali
  7. Selepas agar-agar sudah kelihatan agak larut, tutupkan api dan masukkan butter yang telah dikacau tadi.


    Kredit: Zulaikha Ghazali
  8. Hidupkan semula api dan masak sehingga mendidih dengan api yang perlahan.


    Kredit: Zulaikha Ghazali
  9. Selepas butter sudah masak, tuangkan sedikit demi sedikit di atas agar-agar lumut tadi sehingga ia menutupi lapisan agar-agar lumut. Kemudian, sejukkan dalam peti ais.


    Kredit: Zulaikha Ghazali


    Kredit: Zulaikha Ghazali


Siap! Cantik kan kombinasi warna dia? Boleh makan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!


Kredit: Zulaikha Ghazali
 

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago