Categories: Informasi

Betul Ke Telur Perlu Dibasuh Sebelum Disimpan? Ini Penjelasannya

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-26 13:12:04

Seperti yang kita sedia maklum, telur ayam ini dikira sebagai barangan masak yang wajib ada di rumah kita. Tak kira lah sebagai penyedap lauk mahupun sebagai makanan utama. Dapat makan nasi panas berlaukkan telur goreng dan kicap pun sudah cukup menyelerakan! Namun begitu, ramai yang masih keliru sama ada perlu atau tidak untuk kita membasuh telur sebelum meyimpannya ke dalam bekas atau peti ais. Ini ada penjelasan dari seorang pakar kimia, Dr. Fatimah Salim.


Kredit: Alodokter

 

TELUR MEMPUNYAI LAPISAN PELINDUNG & FUNGSINYA


Kredit: guidefreak.com

Secara semulajadi, telur ini diselaputi oleh lapisan “bloom” atau “cuticle” yang dihasilkan daripada faraj ayam semasa bertelur. Fungsinya adalah untuk untuk melindungi isi telur daripada dicemari. Kulit telur ini sebenarnya mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan yang menyerap kuman dan bahan kimia meruap dari persekitaran.

 

Ini lah sebabnya kadang-kadang telur boleh berbau bawang jika diletakkan bersama dengan bawang kerana gas dari bawang diserap ke dalam kulit telur. Selain itu, selaput ini juga berfungsi mengekalkan kelembapan dalam telur dengan cara mencegah air meruap keluar melalui kulit telur.

 

Di Amerika Syarikat, terdapat peraturan yang mengharuskan pencucian setiap telur sebelum dijual secara komersial di pasaraya. Ini bermakna proses mencuci ini akan membuang bersama selaput perlindungan semulajadi tadi. Jadi, sebagai ganti pihak pengeluaran telur menggantikannya dengan selaput buatan yang biasanya mengandungi mineral berminyak untuk permukaan telur.  Namun begitu, peraturan mencuci telur ini tidak digunapakai di Malaysia. Maka, telur-telur yang kita beli di pasaraya masih mempunyai lapisan pelindung semulajadi.

 

CARA PENYIMPANAN YANG SEBAIKNYA?

Sebenarnya, kedua-dua cara juga boleh diguna pakai. Namun begitu, ada kebaikan dan kekurangan bagi setiap cara ini dan anda harus lebih peka dan teliti dalam penyimpanan telur ini supaya tidak berlakunya kemudaratan ketika memakan telur. Terdapat beberapa perbezaan dalam kedua-dua cara penyimpanan telur.
 

  1. TIDAK BASUH SEBELUM SIMPAN


    Kredit: Eat This, Not That

    Sekiranya anda hanya ingin menyimpan telur di dalam karton yang sudah tersedia, anda tidak perlu membasuhnya terlebih dahulu. Seperti penjelasan tadi, kulit telur mempunyai selaput yang bertindak sebagai pelindung daripada tercemar kepada kuman dan bahan kimia lain. Jadi, anda tidak perlu risaukan tentang kondisi dalam telur tersebut. Anda cuma perlu membasuh telur ini apabila ingin menggunakannya untuk dimasak. Di samping itu, menyimpan telur dalam karton yang tersedia dapat melindungi telur daripada mudah pecah serta mengekalkan kesegaran telur sehingga 45 hari daripada tarikh pembungkusan.

     

  2. BASUH SEBELUM SIMPAN


    Kredit: Reader's Digest Asia

    Sekiranya anda memilih untuk menyimpan telur dalam peti sejuk, maka anda perlu membasuh terlebih dahulu telur-telur yang sudah dibeli sebelum disimpan. Ini kerana kulit telur juga mengandungi najis yang boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella. Jadi, ia akan membawa kemudaratan kepada makanan yang lain sekiranya telur ini disimpan dalam peti sejuk tanpa dicuci. Kuman ini akan menghasilkan bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

 

KESIMPULANNYA


Kredit: RASA

Kedua-dua cara penyimpanan telur ini dibenarkan kerana ada kebaikan dan kekurangannya sendiri. Pilihan sama ada ingin membasuh telur atau tidak bergantung kepada cara penyimpanan telur itu. Apa pun, jangan lupa membasuh telur terlebih dahulu sebelum dimasak ya!

myresipi

Recent Posts

Ramai Suka Makan Ketam, Tapi Tahukah Anda Ada Jenis Ketam Haram Dimakan Menurut Islam?

Ketam memang menjadi makanan laut kegemaran rakyat Malaysia, sama ada dimasak sambal, masak lemak cili…

7 hours ago

Cara Pilih Saiz Loyang Kek Yang Sesuai Mengikut Jumlah Hidangan, ‘Beginner’ Wajib Tahu!

Baru belajar membuat kek dan masih keliru nak pilih saiz loyang yang sesuai? Ada loyang…

8 hours ago

8 Tips Popia Goreng Kekal Rangup & Tak Berminyak Walaupun Dah Sejuk, Ini Rahsianya!

Popia goreng memang paling sedap apabila kulitnya garing dan rangup ketika digigit. Namun, masalah yang…

10 hours ago

Kek Pisang Coklat Moist Ini Memang Wajib Cuba! Hasilnya Lembut, Lembab & Kaya Rasa Coklat

Ada pisang berangan yang sudah masak di rumah? Apa kata cuba resipi kek pisang coklat…

10 hours ago

Paru Crispy Rangup & Tak Mudah Lemau, Ini 5 Langkah Mudah Wajib Ikut!

Paru crispy yang rangup dan berperisa memang sedap dimakan bersama nasi panas. Namun, ada beberapa…

10 hours ago

Tak Cukup Sebiji! Buat Roti Blueberry Ala Bakeri Ini… Inti Cream Cheese & Ada Crumble Rangup

Roti blueberry sesuai dijadikan pilihan untuk minum petang bersama keluarga. Dengan tekstur roti yang lembut…

11 hours ago