pes bawang

Pes bawang ini adalah rahsia di sebalik kelazatan masakan utara, terutamanya kari mamak asli. Tanpa pes ini, masakan tidak akan lengkap.

Selain itu, pes ini boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti nasi, ikan, ayam, udang, sotong, dan sudah tentu, kari mamak.

Jika anda suka makan di kedai mamak, inilah resipi pes yang mereka gunakan untuk menyedapkan masakan. Bau pes ini semerbak wangi dan wajib letak dalam masakan mereka. 

Bahan-bahannya sangat mudah didapati dan pes ini tahan lama hingga 6 bulan jika disimpan dengan betul. Pastikan tidak menggunakan tangan, tapi gunakan sudu bersih sahaja.

Baca juga: Resipi Pes Mi Goreng Mamak, Balik Kerja Lewat Pun Sempat Masak!

RESIPI RAHSIA PES BAWANG MAMAK STAIL

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Halia
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3/4 sudu minyak masak
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Sediakan halia dan bawang putih dalam nisbah 1:1. Kemudian, kisarkan kedua-dua bahan ini.
  2. Selepas itu, tambahkan serbuk kunyit, minyak, dan garam mengikut sukatan yang diberi.
  3. Sebatikan campuran tersebut sehingga bercampur rata.
  4. Seterusnya, masukkan ke dalam bekas atau botol dan simpan di dalam peti ais.
  5. Bila nak guna, cedok pes secukupnya. Semoga bermanfaat!

Kredit resipi dan gambar: Zana Mokhtar

Baca juga: Cara Buat Pes Sambal Belacan Serba Guna, Boleh Masak Macam-Macam Menu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN