resipi perapan bbq

Bila dah berkumpul ramai-ramai dengan keluarga atau kawan-kawan, juadah utama mestilah BBQ kan? Kunci kepada daging atau ayam yang sedap mestilah resipi perapan BBQ.

Jika anda selalu gunakan resipi perapan yang biasa, apa kata kali ini cuba pula perapan yang extra padu ini. Hanya perlukan beberapa bahan untuk menghasilkan perapan ini.

Jom kita tengok resipinya.

Baca juga: Kari India Cara Orang Ceylon, Memang Umph & Padu Sungguh!

RESIPI PERAPAN BBQ 

Bahan-bahan:

  • 2 kg daging kambing, ayam, atau daging
  • 4 biji bawang merah besar**
  • 4 batang serai**
  • 5 ulas bawang putih**
  • 2 sudu besar cili kering**
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk kasar
  • 1/2 cawan sos BBQ
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan sos blackpepper
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 2 sudu besar gula pasir atau gula merah
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar rosemary kering
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • Sedikit pewarna oren (optional – saya tambah untuk menaikkan warna perapan)

Cara-cara:

1. Bersihkan daging kambing, ayam, atau daging yang ingin digunakan.

2. Toskan dan ketepikan.

3. Dalam bekas besar, gaulkan bahan-bahan yang bertanda ** (4 biji bawang merah besar, 4 batang serai, 5 ulas bawang putih, 2 sudu besar cili kering) yang telah dikisar dengan semua jenis sos (sos BBQ, sos tiram, sos blackpepper, kicap manis).

4. Masukkan gula pasir atau gula merah, minyak masak, lada hitam tumbuk kasar, rosemary kering, serbuk cili, dan pewarna oren jika digunakan.

5. Gaul hingga betul-betul rata dan sebati.

6. Masukkan daging atau ayam yang telah dicuci ke dalam bahan perapan tadi.

7. Gaul rata hingga semua bahagian daging atau ayam bersalut dengan bahan perapan.

resipi perapan bbq

Proses perapan:

  • Perap selama 2 jam, atau untuk rasa yang lebih sedap, perap semalaman.
  • Saya biasanya perap sebelah pagi dan membakarnya pada malam hari.
  • Bakar daging atau ayam yang telah diperap dan hidangkan panas-panas.
  • Makan bersama sos Thai untuk rasa yang lebih enak.

Selamat menjamu selera

Sumber: Rozmaliza Omar

Baca juga: Kuetiau Goreng, Ikut Cara Kakak Ini Untuk Dapat Versi Kering-Kering

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN