pengat nangka

Kalau tengah teringin pencuci mulut yang lemak manis, jom cuba buat pengat nangka dan ubi keledek ini. Gabungan rasa manis dari nangka, kelembutan ubi dan aroma santan menjadikan setiap suapan terasa cukup memuaskan.

Pengat ini bukan saja mudah dimasak, tapi bahannya pun ringkas dan senang ditemui. Gula Melaka beri rasa manis berlemak yang tak muak dan bila digabung dengan sagu yang kenyal serta santan yang wangi, dijamin ramai yang suka.

Boleh dihidang panas-panas ataupun sejuk dari peti ais, dua-dua sedap. Sesuai sangat buat waktu petang sambil minum teh atau bila ada tetamu datang bertandang. Sekali cuba, mesti nak buat lagi!

Baca juga: Resipi Pengat Bebola Durian, Bentuk Bulat-Bulat Comel & Kenyal Bila Makan!

RESEPI PENGAT NANGKA CAMPUR UBI KELEDEK

pengat nangka

Bahan-bahan:

  • Ubi keledek (dipotong dadu)
  • Nangka (dibelah kecil)
  • Sagu
  • Gula melaka
  • Gula pasir (jika perlu)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 helai daun pandan
  • 500 ml air

Cara Memasak:

  1. Mula-mula, didihkan air bersama gula Melaka dan daun pandan hingga gula larut sepenuhnya.
  2. Bila air sudah mendidih dan berbau wangi, masukkan nangka dan biarkan ia masak selama kira-kira 5 hingga 10 minit.
  3. Seterusnya, masukkan sagu dan ubi keledek ke dalam periuk. Kacau perlahan supaya sagu tidak berketul dan ubi tidak hancur.
  4. Teruskan memasak hingga sagu menjadi jernih dan ubi lembut.
  5. Akhir sekali, tuangkan santan dan masukkan garam. Terus kacau perlahan-lahan dengan api kecil supaya santan tidak pecah.
  6. Rasa dahulu dan tambah sedikit gula pasir jika perlu, bergantung pada tahap kemanisan yang diinginkan.
  7. Apabila pengat sudah mendidih dan cukup rasa, bolehlah tutup api.
  8. Sedia untuk dinikmati sama ada ketika masih panas atau selepas disejukkan.

Sumber: Khalif Khlif

Baca juga: Resipi Pengat Labu Lemak Manis, Kuah Yang ‘Creamy’ Sangat Mengiurkan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN