Mari cuba Resipi Paprik Sotong untuk menu sahur kejap lagi. Cara memasak pun ringkas saja. Campak-campak dah siap.
Sahur merupakan waktu penting bagi umat Islam menjalani ibadah puasa. Menyediakan hidangan sahur yang berkhasiat adalah penting untuk memberi tenaga sepanjang hari.
Baca juga: Elak 5 Makanan Ini Ketika Bersahur, Tak Sampai Separuh Hari Dah Lapar
Salah satu hidangan yang popular dan lazat untuk sahur ialah Sotong Masak Paprik. Berikut adalah resipi mudah dan simple dari perkongsian Amira Atiya di TikTok.
RESIPI PAPRIK SOTONG CARA SIMPLE
Bahan-bahan:
- 3 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- Daun limau purut
- Sotong – salut kunyit
- 2 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- Garam dan gula
- Serbuk perasa
- Lobak merah & kacang panjang
- Tomato
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, hiriskan 2 biji bawang merah, 4 biji bawang putih dan 1 inci halia.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tadi sehingga naik bau.
3. Tambahkan 4 sudu cili kisar dan tumiskan hingga masak.
4. Tambahkan 2 sudu makan sos cili, sos tomato, sos tiram, dan kicap pekat manis.
5. Tambahkan helaian daun limau purut dan 2 batang serai.
6. Masukkan 250ml air. Tambahkan serbuk perasa, garam, dan gula secukupnya.
7. Masukkan tomato. Kemudian, masukkan sotong yang telah digaul dengan kunyit. Gaul rata.
8. Tambahkan lobak merah dan kacang panjang. Masak hingga sedikit layu.
9. Jika lauk sudah masak, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.
Video penuh:
@amira.atiya Jom masak paprik sotong tapi sis lupa beli kacang panjang. Jadi kita masak apa yang ada. Sedap makan dgn nasi panas-panas! Sotong jangan masak lama sangat nanti liat! Bahan-bahan : • 3 biji bawang merah • 4 ulas bawang putih • 1 inci halia • 2 batang serai • daun limau purut • sotong disalut kunyit • 2 sudu makan sos cili • 2 sudu makan sos tiram • 2 sudu makan kicap pekat manis • garam & gula • serbuk perasa • lobak merah & kacang panjang • tomato #foodstagram #yummyfood #videomasakmasak #foodlover #foodreviews #foodie #resepmasakanrumah #halalfood #viralfood #makananviral #racunintiktok #masakansimple #halalfoodmalaysia #menumasakansimple #makanmurah #budgetfood #klfoodie #halalfoodie #videomasak #maggi #maggilover #jommakan #masakansimple #resepimasakan #malaysia #menusederhana #masakcarasaya #resepimudah #resepitiktok #masaktiktok
Selamat mencuba.
Baca juga: Sup Cendawan Berkrim, Sedap Dimakan Bersama Garlic Bread Untuk Juadah Sahur
Sumber: TikTok Amira Atiya