Kalau tak tahu nak masak apa untuk makan tengah hari atau makan malam, boleh cuba resipi paprik seafood yang sangat menyelerakan ini.
Kombinasi sotong dan udang serta sayuran yang sangat mengiurkan! Masakan ini juga menjimatkan masa anda kerana tidak perlu memasak lauk sayur lain.
Nak cuba masak? Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Ezan Jelita di bawah. Selamat mencuba!
RESIPI PAPRIK SEAFOOD SEDAP
Bahan A:
- Bawang merah
- Bawang pytih
- Halia
Hiris semua bahan A.
Bahan B:
- 2 sudu cili kisar
- 2 sudu pes tomyam
- 3 sudu sos tiram
- 4 sudu sos cili
- 3 sudu kicap manis
- Perasa
- Udang dan sotong (nak tukar kepada daging atau ayam pun boleh)
Bahan C:
- Kobis bunga
- Lobak merah
- Kacang buncis
- Daun limau purut
- Cili Merah/Hijau
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan A terlebih dahulu. Kemudian masukan bahan B kecuali sotong dan udang.
2. Kemudian baru masukkan sotong dan udang yang sudah dicuci bersih. Tambahkan juga sedikit air. Reneh sehingga masak.
3. Masukkan bahan C. Perasakan dengan gula dan garam. Jika suka, boleh taburkan juga serbuk perasa.
4. Gaul rata dan siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit: Ezan Jelita