Categories: Resipi

Rindu Nasi Minyak Kenduri? Jom Buat Sendiri Kat Rumah Ikut Resipi Ini

Jom cuba resepi nasi minyak simple ini. Nasi minyak merupakan menu yang cukup sinonim dengan masjlis kenduri. Namun disebabkan oleh pandemik yang melanda negara sekarang telah membataskan segalanya.

Jadi apa kata buat masa sekarang jom cuba buat sendiri nasi minyak di rumah dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Noratiqah Nordin di bawah.

Selepas ini tak perlu tunggu majlis kawin orang dah, bila-bila masa sahaja boleh makan nasi minyak kalau dah pandai buat sendiri. Semoga bermanfaat ya!

Resepi Nasi Minyak Simple

Bahan-bahan:

  • 2 sudu minyak sapi
  • 2 sudu margerin
  • 4 serangkai
  • 2 bawang merah dihiris
  • Seinci halia
  • 1 tin susu cair
  • 4 pot beras
  • 5.5 pot air
  • Garam
  • Pewarna sikit untuk cantik saja

Cara-cara:

1. Masukkan margerin dan minyak sapi.

2. Masukkan empat serangkai.

3. Masukkan bawang merah yang dah dihiris.

4. Masukkan halia yang dihiris.

5. Masukkan air.

6. Masukkan susu cair.

7. Masukkan garam.

8. Basuh beras basmathi dan toskan. Ika pakai beras pusa.

9. Masukkan semua bahan yang kita masak tadi ke beras.

10. Titik-titikkan pewarna semasa nasi sedang dimasak dan semasa panas supaya warna lebih cantik.

11. Makan bersama acar dan ayam masak merah.

Kredit: Noratiqah Nordin

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Nasi Butter Ala KFC, Buat Sendiri Puas Hati Anak-Anak Makan

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago