Sesiapa yang pernah mencuba nasi kak wok pasti akan teringkat-ingat kesedapannya. Nasi putih yang dimakan bersama kuah gulai, ayam goreng dan sambal belacan ini pasti mampu memberi kepuasakan ketika sedang menikmatinya.

Kalau ada yang nak cuba masak sendiri nasi kak wok di rumah, boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Puan Afy Al Habibi di bawah. Hidangan ini pasti dapat memikat hati seisi keluarga.

Baca juga: Resipi Gulai Lemak Ikan Kering Kelantan, Sedap Tak Terkata

RESIPI GULAI KAK WOK

nasi kak wok

Bahan ayam gulai:

  • 3 ketul ayam – dicincang kecil
  • 1 sudu makan rempah gulai kak wok Kelantan
  • 1 cawan air
  • 1/2 keping manisan Kelantan @ gula melaka
  • 2 senduk santan
  • 1 biji terung – potong dadu
  • 1/3 batang lobak merah – potong dadu
  • 3 tangkai kacang panjang – potong kecil
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

Bahan kisar:

  • Bawang merah 1 biji (saiz bola ping pong)
  • Bawang putih 1 ulas (kecil)
  • Lengkuas 1 hiris (nipis)
  • Halia 1 hiris (nipis)
  • Serai 1 hiris (nipis)
  • Secubit ketumbar dan jintan manis (tambahan)

Cara memasak:

1. Panaskan minyak sedikit kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau.

2. Seterusnya masukkan 1 sudu makan rempah gulai kak wok. Gunakan api perlahan sahaja.

3. Tuangkan pula 1/2 cawan air. Tutup dengan tudung periuk sehingga pes pecah minyak. Renehkan dengan api perlahan.

4. Masukkan perasa peringkat pertama iaitu ½ keping kecil manisan Kelantan dan ½ sudu teh garam halus.

5. Kemudian masukkan isi ayam yang dicincang kecil. Tutup periuk dengan tudungnya.

6. Biarkan semua bahan mesra dan sebati kira – kira 15 minit dan masak guna api perlahan.

7. Kemudian masukkan 2 senduk santan. Tambahkan juga 1/2 cawan air.

8. Setelah gulai mendidih, masukkan perasa peringkat kedua seperti garam, gula dan perasa mengikut cita rasa masing-masing.

9. Masukkan terung dan lobak merah yang dipotong dadu dan pendek. Biarkan gulai terus mendidih perlahan-lahan menggunakan api perlahan.

10. Biarkan kuah gulai mereneh selama 5 minit kemudian masukkan potongan kacang panjang. Padamkan api. Kuah gulai yang beraroma dan sedap sedia untuk dinikmati.

RESIPI AYAM GORENG KAK WOK

Bahan-bahan:

  • 3 ketul ayam dicincang kecil
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sedikit secukup rasa

Cara memasak:

1. Ayam dicincang kecil lalu dibersihkan. Toskan sehingga kering.

2. Masukkan bahan-bahan perap di atas.

3. Gaul sebati. Perapkan selama 20 minit untuk masa perapan paling minima.

4. Goreng sehingga ayam kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.

5. Hidangkan nasi bersama ayam goreng, gulai ayam dan sambal.

nasi kak wok

RESEPI SAMBAL JANTAN @ SAMBAL KILLER

Bahan-bahan:

  • 1 genggam cili padi merah (dibuang tangkai)
  • Belacan bakar 1 inci
  • Cuka 1 senduk kecil
  • 1 sudu makan garam
  • 3 sudu makan gula
  • 1/3 cawan air masak (Nak gunakan cuka sepenuhnya pun boleh)
  • 1 biji limau kasturi

Cara membuat:

1. Satukan semua bahan dan kisar sehingga sedikit lumat.

2. Pastikan garam dan gulanya biar berasa bagi mengelakkan sambal cepat berkulat.

3. Hiris bulat kulit limau kasturi untuk menyedapkan lagi rasa sambal.

Nota: Sambal ini boleh dibuat lebih awal supaya rasanya lebih sedap.

Bungkus nasi dalam kertas pembungkus. Sama macam kita makan dekat kedai di Kelantan. Tunggu sekejap. Barulah sedia dinikmati.

nasi kak wok

Kredit: Afy Al Habibi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN