Categories: Informasi

Resipi Nasi Hujan Panas Guna Beras Biasa, Tetap Terlajak Sedap!

Rupa-rupanya, guna beras biasa pun boleh dibuat resipi nasi hujan panas ini. Selalunya jika pergi ke kenduri kahwin saja akan jumpa set nasi ini. 

Nasi hujan panas adalah hidangan tradisional yang terkenal di kalangan masyarakat Malaysia. Hidangan ini bukan sahaja enak, tetapi juga mempunyai sejarah yang kaya dan menarik.

Baca juga: Nasi Mediterranean Ala Nando’s, Guna Beras Basmathi Elok Peroi Macam Ini

Walaupun banyak versi resipi yang menggunakan beras basmathi, kita juga boleh menikmati kelazatan nasi hujan panas dengan menggunakan beras biasa.

Mari kita lihat bagaimana cara untuk menyediakan hidangan ini dengan beras biasa menerusi perkongsian Raja Amanina di Facebook. 

SET RESIPI NASI HUJAN PANAS GUNA BERAS BIASA

Ayam masak merah kenduri & nasi hujan panas. Makan ayam masak merah yang ni je dulu ehh kita punya kenduri mohon tunggu dulu. huhu. 

Bahan-bahan Ayam:

  • 10-12 ketul ayam, kunyit dan garam, goreng separuh masak
  • 2 biji bawang besar, dikisar
  • 5 ulas bawang merah, dikisar
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 2 genggam cili kering, rebus dan kisar hingga halus
  • 3 batang serai, diketuk
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 biji tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang, dan pelaga)
  • Asam keping
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Tumis bawang bersama serai dan 4 sekawan hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan tomato, sos cili, dan daun limau purut.
3. Tambah sedikit air, asam keping, dan masukkan ayam.
4. Masak hingga pecah minyak, tambahkan bawang hiris dan perasakan gula serta garam.

Bahan-bahan Nasi Hujan Panas:

  • Beras, cuci dan toskan
  • Air (ikut sukatan beras)
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 1 inci halia, dikisar
  • 3 sudu makan butter atau marjerin
  • 1 cawan susu cair
  • 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang, dan pelaga)
  • Daun pandan
  • 1 batang serai, diketuk
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau, kuning, dan merah

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan periuk, cairkan marjerin, dan tumis bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan, dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan susu cair dan beras.
3. Tambahkan air dan garam.
4. Tunggu hingga mendidih, nasi mula kering, dan titikkan pewarna di tempat berasingan. Tutup periuk.
5. Biarkan seketika dan gemburkan nasi dengan garfu.

Bahan-bahan Acar Timun:

  • 2 biji timun
  • Sedikit kubis, dihiris
  • Carrot, dihiris
  • Cili padi, dihiris
  • 2 biji bawang besar, dihiris
  • Sedikit pewarna kuning (pilihan)
  • 1 senduk kecil cuka
  • Gula dan garam secukupnya
  • Sedikit air

Cara-cara penyediaan:

Campurkan semua bahan, gaul sebati, dan perasakan gula serta garam.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Lengkap Menu Nasi Kerabu Kelantan, Sek Kito Jange Pecoh!

Sumber: Raja Amanina

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago