Categories: Tips & Petua

Jangan Panik Kalau Tercekik Tulang Ikan, Cuba 11 Petua Ini Untuk Hilangkan!

Tercekik tulang ikan secara tidak sengaja memang perkara biasa yang boleh berlaku semasa menikmati makanan. Namun, tulang ikan yang tersangkut pada tekak boleh menimbulkan kesakitan dan ketidakselesaan yang tidak diingini.

Jangan risau, jom MyResipi kongsikan beberapa cara untuk membantu anda mengatasi masalah tersebut. Mari teruskan pembacaan untuk mendapatkan panduan lanjut.

Baca juga: Doktor Ini Kongsi Cara Betul Hilangkan Tangan Pijar, Guna Air Saja Tak Cukup

11 PETUA JIKA TERCEKIK TULANG IKAN

1. Pisang

Buah pisang dikatakan berkesan untuk mengeluarkan tulang yang melekat pada tekak. Ia boleh membantu memegang tulang dan menariknya ke dalam perut.

Caranya adalah dengan mengambil sepotong besar pisang dan kemam di dalam mulut selama 1 minit untuk menyerap air liur. Kemudian telan dalam satu tegukan besar.

2. Roti dan air

Celup roti ke dalam air salah satu cara untuk menanggalkan tulang yang tersangkut di tekak. Caranya adalah rendam sekeping roti ke dalam air selama 1 minit. Kemudian ambil sepotong besar dan telan keseluruhannya.

Kaedah ini akan memberi tekanan pada tulang yang tersangkut di tekak dan sekaligus mendorongnya ke bawah.

3. Roti dan sapuan mentega kacang

Mungkin ada yang tidak suka mencicah roti dengan air. Tidak mengapa, anda boleh mencuba roti yang disapu dengan mentega kacang pula. Ia berfungsi untuk mencengkam tulang ikan dan menolaknya ke dalam perut.

Rigit roti yang disapu dengan mentega kacang sebesar yang anda mampu, dan biarkan ia melembap di dalam mulut sebelum ditelan. Pastikan ada segelas air berdekatan untuk membantu menelan dengan lancar.

4. Minyak zaitun

Minyak zaitun merupakan pelincir semula jadi. Jika anda mengalami tulang tersangkut di tekak, cuba telan 1 atau 2 sudu besar minyak zaitun. Minyak ini boleh membantu melapisi tekak dan tulang tersebut, seterusnya memudahkan untuk ditelan atau dikeluarkan dengan batuk.

5. Soda (petua hilangkan tercekik tulang ikan)

Minuman soda berkarbonat juga boleh membantu dalam situasi seperti ini. Apabila soda masuk ke dalam perut, ia melepaskan gas. Gas ini dapat membantu memecahkan tulang dan menimbulkan tekanan yang membantu mengeluarkannya

6. Berkumur dengan air garam suam

Jika anda mengalami tulang ikan yang terperangkap di bahagian atas tekak, gerakan berkumur dapat membantu melonggarkan otot esofagus, memudahkan tulang itu keluar dengan sendirinya.

Selain itu, air garam juga dapat membantu meredakan kerengsaan atau keradangan yang mungkin berlaku.

Campurkan 1 sudu teh garam dalam segelas air suam dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Berkumur selama 30 saat dan ludahkan airnya. Ulangi proses ini sehingga anda berasa lega.

7. Marshmallow (petua hilangkan tercekik tulang ikan)

Sama seperti pisang, marshmallow juga dikatakan boleh membantu ‘memegang’ tulang dan menariknya ke dalam perut.

Cuba kunyah marshmallow sehingga ia lembut, kemudian telannya dalam satu tegukan. Tekstur melekit dan manis marshmallow dapat membantu menangkap tulang dan membawanya ke dalam perut.

8. Batuk dengan kuat

Refleks batuk adalah mekanisme pertahanan pertama badan yang bertujuan melindungi saluran pernafasan daripada benda asing, termasuk tulang ikan, yang mungkin tersangkut di dalamnya.

Dalam situasi di mana anda merasakan ada sesuatu yang terperangkap di tekak, penting untuk membiarkan refleks batuk berfungsi sebaiknya. Batuk akan menghasilkan kuasa udara yang kuat untuk mengeluarkan benda asing tersebut dari saluran pernafasan, seperti tulang ikan.

9. Milkshake atau smootie pekat

Minuman pekat seperti milkshake atau smoothie adalah pilihan yang baik untuk menolak tulang yang tersangkut di tekak, terutamanya apabila diteguk dengan kuat.

Selain dapat menanggalkan benda asing itu, kesejukkan minuman ini juga dapat meredakan sebarang ketidakselesaan atau kerengsaan yang disebabkan oleh tulang tersebut.

10. Nasi (petua hilangkan tercekik tulang ikan)

Ini merupakan petua turun-temurun yang biasa diamalkan oleh kebanyakan orang apabila tercekik tulang ikan.

Caranya adalah dengan mengepal nasi menjadi bentuk bola dengan saiz sederhana yang sesuai dengan mulut.

Kemudian, telan bola nasi tersebut perlahan-lahan. Dengan cara ini, tulang yang tersangkut di tekak akan turun ke dalam perut.

11. Turun ia tertanggal dengan sendiri

Biasanya, rasa tidak selesa yang anda alami mungkin tidak hanya disebabkan oleh tulang ikan yang tersangkut. Proses tulang ikan melekat itu mungkin menyebabkan keradangan dan ketidakselesaan pada tekak.

Kesan tersebut mungkin masih dirasai walaupun tulang telah berjaya dikeluarkan dari tekak. Jadi, lebih baik tunggu beberapa jam untuk pastikan sama ada rasa tidak selesa itu disebabkan oleh tulang yang masih tersangkut atau cuma kesan keradangan ringan pada tisu.

Apa perlu buat jika masih tidak berkesan?

Biasanya, masalah tulang yang tersangkut dapat diatasi di rumah dengan menggunakan teknik yang telah diterangkan sebelum ini. Tetapi, penting untuk mendapatkan rawatan segera jika anda mengalami salah satu daripada perkara berikut:

  • Kesakitan teramat sangat
  • Pendarahan banyak
  • Kesukaran bernafas
  • Lebam
  • Air liur berlebihan
  • Kesukaran untuk makan atau minum
  • Leher bengkak

Sumber: Hello Doktor

Baca juga: Petua Minum Air Pangsa, Mitos Atau Tak? Pakar Pemakanan Ini Jelaskan

Wan N

Recent Posts

Petua Jika Terkena Minyak Panas Ketika Memasak, Ini Langkah Pertama WAJIB Buat!

Petua jika terkena minyak panas penting diketahui oleh setiap orang yang selalu berada di dapur,…

5 hours ago

Resipi Pengat Cempedak Bersagu Yang Mudah Dibuat, Sekali Rasa Memang Nak Tambah Lagi

Pasti ramai yang belum pernah cuba pengat cempedak kan? Gabungan isi cempedak yang masak ranum…

9 hours ago

Resipi Kuih Tok Aji Serban, Gabungan Pulut Lembut & Lapisan Sekaya Yang Manis Berlemak

Kuih Tok Aji Serban atau lebih dikenali sebagai pulut sekaya merupakan antara kuih tradisional Melayu…

10 hours ago

Poket Tak Bocor! 3 Destinasi Percutian 2 Hari 1 Malam Bawah RM500, Siap Hotel & Port Makan Sedap

Setiap kali Isnin hingga Jumaat, menghadap laptop sampai mata rasa juling, otak terus auto-play lagu…

10 hours ago

Resipi Ayam Kengsom, Kuah Pekat Dengan Rasa Masam Pedas Sangat Membuka Selera!

Ayam kengsom merupakan antara hidangan berkuah masam pedas yang cukup terkenal kerana rasanya yang segar…

12 hours ago

5 Bahan Boleh Hilangkan Bau Hanyir Dan Kesan Minyak Degil Di Dapur

Pernahkah anda berdepan situasi seperti ini? Selepas penat menyediakan hidangan istimewa untuk keluarga, proses membersihkan…

16 hours ago