
Resipi nasi goreng tomyam ini memang antara menu yang selalu jadi pilihan untuk hidangan sarapan atau makan malam.
Hidangan ini cukup terkenal kerana rasanya yang pedas, masam dan wangi dengan aroma serai serta daun limau purut.
Jika di rumah ada lebihan nasi, memang sesuai sangat cuba resipi nasi goreng tomyam ini. Cara memasaknya juga sangat mudah dan hanya menggunakan bahan asas yang biasa ada di dapur.
Gabungan pes tomyam, sos ikan dan Thai chili paste menjadikan rasa nasi goreng ini lebih padu. Tambah pula udang, sayur dan sedikit cili padi, memang buat selera makan terus bertambah.
Baca juga: Cara Buat Nasi Goreng Ikan Paling Padu, Bau Pun Dah Buat Lapar!
RESIPI NASI GORENG TOMYAM

Bahan-bahan:
- 1 mangkuk nasi putih (sebaiknya nasi yang dimasak lebih awal)
- Udang secukupnya
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 ulas bawang merah (dihiris)
- 1 batang serai (dihiris nipis)
- 2 helai daun limau purut (dihiris halus)
- Cili padi secukupnya (ditumbuk kasar)
- Sedikit lobak merah (dipotong kecil atau hiris halus)
- Sedikit sawi (dipotong)
- 1 biji telur
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar pes tomyam
- 1 sudu kecil Thai chili paste
- 1 sudu kecil sos ikan
- Garam secukupnya
- Serbuk perasa secukupnya (jika suka)
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng udang selama 2 hingga 3 minit. Angkat dan ketepikan dahulu.
- Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
- Masukkan telur dan kacau hingga telur menjadi berketul-ketul.
- Masukkan serai yang dihiris, daun limau purut, cili padi dan lobak merah. Kacau sebentar sehingga bahan sedikit layu.
- Kemudian masukkan sos tiram, pes tomyam, Thai chili paste dan sos ikan. Gaul hingga semua bahan sebati.
- Masukkan nasi putih. Gunakan api besar supaya nasi goreng mendapat rasa sedikit berasap dan lebih sedap.
- Tambahkan sawi dan udang yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut selera.
- Kacau selama kira-kira 5 minit dengan api besar hingga semua bahan sebati. Selepas itu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Nor Farah Atika
Baca juga: Resepi Nasi Goreng Sosej Mudah & Sedap, Guna Bahan Simple Tapi Rasa Padu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














