
Ramai yang suka makan nasi goreng, tapi tak semua tahu rahsia nak jadikan ia lebih istimewa. Dengan resipi nasi goreng ikan ini, rasa dia jadi lebih padu sebab ada campuran pes ikan bilis, bawang dan cili yang ditumis sampai naik bau harum.
Setiap suapan ada gabungan pedas, masin, dan aroma ikan goreng yang memang membangkitkan selera. Bau waktu tengah memasak pun dah cukup buat kecur air liur, apatah lagi bila dihidangkan panas-panas.
Resipi ini juga sangat mudah kerana guna bahan asas dapur saja. Hasilnya, nasi goreng ikan yang ringkas tapi cukup rasa sampai orang yang makan pasti bertambah.
Baca juga: Cara Masak Nasi Marjerin Mudah, Resipi Lengkap Dengan Ayam Panggang, Sambal, Kuah Kicap & Sup
RESIPI NASI GORENG IKAN

Bahan-bahan:
- Ikan bilis
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili kering
- Cili boh (jika nak warna nasi lebih merah)
- Minyak goreng ikan
- Nasi sejuk
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Ikan goreng yang dicarik-carik
Cara memasak:
- Kisar ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili kering hingga halus.
- Panaskan minyak goreng ikan, tumis bahan kisar sampai betul-betul garing dan pecah minyak.
- Masukkan nasi sejuk, kacau rata bersama pes tumis tadi.
- Perasakan dengan garam, gula dan sedikit perasa.
- Akhir sekali, masukkan ikan goreng yang sudah dicarik-carik. Gaul sebati.
- Siap! Nasi goreng ikan bilis legend sedia untuk dihidangkan.
Tips rahsia kesedapan:
- Lebihkan ikan bilis dalam bahan kisar untuk rasa lebih kaw.
- Lagi lama sambal pes ditumis, lagi sedap hasil nasi goreng nanti.
Sumber: Yunnii Adzhaa
Baca juga: Resipi Nasi Ayam Roasted Homemade Ini Kalah Kedai, Dijamin Satu Rumah Puji Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














