Categories: Resipi

Cara Buat Nasi Goreng Ikan Paling Padu, Bau Pun Dah Buat Lapar!

Ramai yang suka makan nasi goreng, tapi tak semua tahu rahsia nak jadikan ia lebih istimewa. Dengan resipi nasi goreng ikan ini, rasa dia jadi lebih padu sebab ada campuran pes ikan bilis, bawang dan cili yang ditumis sampai naik bau harum.

Setiap suapan ada gabungan pedas, masin, dan aroma ikan goreng yang memang membangkitkan selera. Bau waktu tengah memasak pun dah cukup buat kecur air liur, apatah lagi bila dihidangkan panas-panas.

Resipi ini juga sangat mudah kerana guna bahan asas dapur saja. Hasilnya, nasi goreng ikan yang ringkas tapi cukup rasa sampai orang yang makan pasti bertambah.

Baca juga: Cara Masak Nasi Marjerin Mudah, Resipi Lengkap Dengan Ayam Panggang, Sambal, Kuah Kicap & Sup

RESIPI NASI GORENG IKAN

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Cili boh (jika nak warna nasi lebih merah)
  • Minyak goreng ikan
  • Nasi sejuk
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Ikan goreng yang dicarik-carik

Cara memasak:

  1. Kisar ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili kering hingga halus.
  2. Panaskan minyak goreng ikan, tumis bahan kisar sampai betul-betul garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan nasi sejuk, kacau rata bersama pes tumis tadi.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit perasa.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan goreng yang sudah dicarik-carik. Gaul sebati.
  6. Siap! Nasi goreng ikan bilis legend sedia untuk dihidangkan.

Tips rahsia kesedapan:

  • Lebihkan ikan bilis dalam bahan kisar untuk rasa lebih kaw.
  • Lagi lama sambal pes ditumis, lagi sedap hasil nasi goreng nanti.

Sumber: Yunnii Adzhaa

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Roasted Homemade Ini Kalah Kedai, Dijamin Satu Rumah Puji Sedap!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

15 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

15 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

15 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

16 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

16 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

20 hours ago