nasi goreng cili padi

Nasi goreng cili padi merupakan salah satu nasi goreng yang digemari ramai. Lebih-lebih lagi buat penggemar pedas, lagi pedas lagi padu rasanya! Cara membuatnya juga ringkas tapi rasanya sangat membuka selera.

Jika ada lebihan nasi putih yang tak tahu nak masak apa, jom buat nasi goreng yang mudah dan sedap ini. Sesuai dimakan tak kira siang atau malam.

Buat peminat pedas, boleh ubaisuai kuantiti cili mengikut tahap kepedasan yang disukai. Jika tak suka pedas, boleh kurangkan cili.

Baca juga: Nasi Goreng Cili Kering, Teringat Terus Nostalgia Di Kampung Halaman

Resipi Nasi Goreng Cili Padi

Bahan-bahan:

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili padi hijau sikit
  • Lada hijau 2 batang
  • Ikan bilis (rendam sekejap je)
  • Belacan (sikit je)
  • Telur

Cara memasak:

1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi hijau, lada hijau, ikan bilis dan belacan. Nak tumbuk guna lesung batu pun boleh.

2. Tumis bahan kisar tadi sampai garing.

3. Kemudian masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa.

4. Seterusnya, kecilkan api dan pecahkan telur ke atas bahan tumisan tadi. Ratakan telur secara perlahan-lahan.

5. Masukkan nasi, gaul rata sehingga sedikit berwap.

nasi goreng cili padi

6. Siap, selamat mencuba!

nasi goreng cili padi

Kredit: Har Ryea

Baca juga: Nak Cepat? Cuba Nasi Goreng Chili Flakes Ini, Tak Perlu Tumbuk Apa Tapi Hasil Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN