Categories: Tips & Petua

Resipi Nasi Briyani Kambing Sedap, Confirm Tak Cukup Satu Pinggan!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-10-06 06:50:33

Biasanya bila ada je kenduri kesyukuran, pasti antara menu yang sering dinanti oleh para tetamu adalah Nasi Briyani Kambing. Sedapnya! Haa, apa kata kali ini korang cuba sendiri resipi yang dikongsikan oleh Aniq Syauqi  di laman Facebook. Pasti suami dan anak-anak pun akan turut berselera. Mudah je, jom cuba!


Kredit: Aniq Syauqi

Bahan-bahan:

  • 2kg kambing (dicuci sebersihnya)
  • 2kg Beras basmathi
  • Minyak sapi ghee tin kecil
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1 labu bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 3 inci halia (potong mancis)
  • Buah pelaga/kulit kayu manis/bunga lawang (bahan tumis)
  • Rempah beriani faiza 250g
  • 2 kiub lembu
  • 250ml susu segar/susu cair

Cara-caranya:

  1. Mula-mula, basuh beras basmathi sehingga bersih dan rendam selama 20 minit.


    Kredit: Anakku Hebat
     

  2. Sementara nasi direndam, sediakan periuk nasi dan masukkan minyak sapi 1 tin, bahan-bahan tumis termasuk halia. Tumis sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan rempah nasi beriani separuh paket dan masukkan tomato puree, kiub lembu dan sedikit air. Gaulkan sehingga sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.


    Kredit: MamaJue

     

  4. Selepas itu, masukkan susu segar/susu cair dan gaulkan. Biarkan seketika.
  5. Kemudian, masukkan kambing ke dalam bahan tumis. Gaulkan hingga sebati dan biarkan mendidih seketika.

     

  6. Masukkan 1 liter air serta garam dan gula secukup rasa. Teruskan menggaul supaya rasa sebati.
  7. Jika anda menggunakan pressure cooker, set 30 minit untuk lembutkan daging kambing. Jika guna rice cooker biasa, biarkan mendidih sehingga empuk.
  8. Selepas cukup 20 minit beras direndam, toskan dan masukkan ke dalam periuk yg mendidih tadi.
  9. Untuk menyukat air dgn beras, kurangkan atau lebihkan air mengikut citarasa sendiri dan gaul sehingga rata. (untuk beras basmathi, air mesti lebih sedikit sahaja lebih kurang paras 1 takat jari telunjuk)
  10. Jika ada telur rebus, masukkan sekali ke dalam periuk nasi dan tutupkan. Tunggu sehingga masak.


    Kredit: Aniq Syauqi

Siap untuk dihidang! Selamat mencuba!


Kredit: Aniq Syauqi

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago