Categories: Resepi

Resipi Nasi Bakar Ayam Nusantara, Menu ‘Special’ Untuk Hidangan Sekeluarga. Lazatnya!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-28 04:44:24

Bila dah selalu ke dapur, pasti sesekali ibu-ibu pening memikirkan apa hendak dimasak untuk juadah tengahari. Kalau asyik masak lauk yang sama jadi bosan pula. Betul tak? Haa apa kata hari ini ibu-ibu masak menu ‘special’ sikit untuk hidangan sekeluarga. Resipi kali ini kami bawakan Nasi Ayam Bakar daripada Doyanmasak. Memang sedap! Jom cuba!
 


Kredit: Doyan Masak

 

Bahan-bahan:

•           300g beras

•           Santan cair (sukatan seperti memasak nasi biasa)

•           1 batang sirih

•           2 lembar daun salam

•           1 lembar daun pandan

•           Garam secukupnya

•           1 batang daun bawang

•           1 ikat kemangi (petik daunnya)

•           Cili merah

 

Penyediaan Ayam:

•           400g dada ayam rebus (dicarik & asingkan air rebusannya)

•           2 lembar daun salam

•           1 batang sereh memarkan

•           Garam

•           Perasa

•           Gula secukupnya

 

Penyediaan bumbu halus:

•           8 biji bawang merah kecil

•           5 siung bawang putih

•           Cili merah besar

•           Cili kering (optional)

•           Sedikit halia dan kunyit

 

Cara-caranya:

  1. Mula-mula, masak beras bersama air santan, sirih, salam, daun pandan dan garam.


    Kredit: Iluminasi

  2. Sementara menunggu nasi masak, tumiskan bumbu halus, daun salam dan sirih sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan ayam rebus yang telah dicarik-carik tadi lalu taburkan sedikit garam, gula dan perasa secukupnya.


    Kredit: Abang Terlajak Laris
     

  4. Gaul-gaulkan sehingga sebati kemudian tambahkan sedikit air rebusan ayam. Tunggu sehingga bumbu meresap dan air agak mengering.
  5. Selepas itu, masukkan cili merah, hirisan daun bawang dan daun selasuh lalu adukkan sebentar sehingga masak.


    Kredit: Keluarga
     

  6. Apabila nasi sudah masak, letakkan nasi secukupnya di atas daun pisang, beri isian dan bungkus seperti lontong.
  7. Lalu bakar di atas kuali sehingga daunnya layu dan berwarna kecoklatan.

 

Siap! Sedia untuk disajikan untuk makan tengahari. Selamat mencuba!


Kredit: Doyan Masak

myresipi

Recent Posts

Tips Simpan Makanan Dalam Peti Ais, Baru Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…

3 hours ago

Peria Goreng Crispy, Ikut Cara Ini Tak Ada Rasa Pahit Walau Sedikit Pun

Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…

8 hours ago

Kek Coklat Karamel Kukus, Kombinasi Rasa Manis Dan Lembut

Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…

10 hours ago

Karipap Spera Cara Utara, Inti Kelapa Pedas Yang Menyelerakan!

Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…

10 hours ago

Kek Batik Pandan Lembut Yang Mudah, Resipi Ini Sumpah Tangkap Leleh!

Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…

11 hours ago

Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti

Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa.…

11 hours ago