Nasi air Kelantan ini sememangnya merupakan salah satu makanan yang menarik dan wajib dicuba ketika menjejakkan kaki ke sana.
Bukan sekadar nasi air kosong, siap ada lauk-lauknya yang sedap-sedap belaka. Tak makan bertambah memang tak sah!
Kalau nak tahu cara penyediaannya, ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Nor Shahida Yusoff di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan Yang Sedap, Kuah Pekat & Cantik Elok
Buat hari-hari pun tak puas nasi air kelate ni.. senang je. Jom masak.
1. Beras dibasuh terlebih dahulu, kemudian digoreng sekejap sampai kering. Kisar beras bersama air. Masukkan dalam periuk dan tambah air. Kemudian tambah halia dan sedikit garam.
2. Goreng ikan bilis sampai garing. Bila dah garing, toskan. Guna minyak ikan bilis untuk goreng bawang untuk masak sup.
3. Yang ini bahan-bahan untuk sup.
4. Masukkan bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang ke dalam minyak ikan bilis tadi sampai garing. Minyak ini la yang menyedapkan rasa kuah sup nasi air ni.
5. Kemudian mauskkan ayam, air, halia dan kiub pati ayam.
6. Seterusnya masukkan akar daun ketumbar.
7. Untuk minyak bawang putih, goreng bawang dalam minyak. Pastikan bawang dimasuk sebelum minyak menjadi panas. Kalau minyak panas, bawang akan hangus.
Sepatutnya hidangkan juga limau nipis dan daun bawang, tapi kat rumah tak ada, jadi guna apa yang ada. Ada yang tak ada sukatan, main letak saja sebab tak pandai sukat betul-betul.
Dah siap! Selamat mencuba.
Kredit resipi: Nor Shahida Yusoff
Baca juga: Cara Buat Ketupat Sotong Kelantan, Manis & Berlemak Sangat Sedap!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…