Tengok gambar mini brownies ni pun dah terliur kan? Selain sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut, brownies ini juga sesuai dijadikan goodies di mana-mana majlis.
Cara membuat brownies lebih mudah berbanding kek. Tak perlu guna mixer, tak perlu blender! Hanya perlu gaulkan bahan-bahan saja. Berikut merupakan perkongsian resepi mini brownies oleh Iedaa Jahaya. Jom cuba!
Baca juga: Kek Lapis Milo Horlick Sukatan Cawan, Memang Sedap Dibuatnya Untuk Juadah Raya
RESIPI MINI BROWNIES
Bahan-bahan:
- 150g dark coklat beryls
- 50g buttercup/butteranchor
- 1sdb shortening
- 100g tepung gandum
- 30g serbuk koko
- 2 biji telur
- 150g gula kastor
- Esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan dark coklat, buttercup dan shortening menggunakan teknik double boiler. Kacau sehingga coklat cair dan berkilat. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum dan serbuk koko. Ketepikan.
3. Satukan telur, gula kastor dan esen vanilla menggunakan whisk sehingga gula larut.
4. Kemudian masukkan coklat yang sudah dicairkan tadi. Kacau sehingga sebati.
5. Seterusnya masukkan bahan ayak, gaul sehingga sebati,
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180°C.
7. Sediakan loyang dan paper cup. Pipe adunan ke dalam paper cup, boleh letakkan hiasan coklat cip atau badam.
8. Bakar selama 25 minit. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Iedaa Jahaya
Baca juga: Resipi Biskut Nutella Pods Mudah & Tak Perlu Bakar, Sedap & Jimat Masa!