mi segera kari

Bila tiba-tiba rasa lapar tapi malas nak masak yang renyah, mi segera kari memang selalu jadi penyelamat paling cepat dan mudah. Dalam masa beberapa minit saja, satu mangkuk panas dah boleh siap dan terus dimakan.

Menariknya, walaupun nampak macam menu biasa, setiap orang sebenarnya ada cara tersendiri untuk naikkan rasa mi segera supaya jadi lebih sedap dan lain dari biasa.

Baru-baru ini di media sosial, seorang pengguna berkongsi resipi mi segera caranya yang nampak mengiurkan dan meriah dengan bahan. Memang tak sama macam yang selalu makan.

Baca juga: Resipi Kuetiau Goreng Seafood Anti Gagal, Confirm Tak Hancur & Berderai Cantik

RESIPI MI SEGERA KARI

mi segera kari

Bahan-bahan:

  • Mi segera perisa kari
  • Bawang putih (tumbuk atau ketuk)
  • Bawang besar (hiris)
  • CIli padi/cabai burung (ketuk)
  • Sos cili (ikut tahap pedas dan pekat yang diingini)
  • Telur
  • Sosej (dipotong ikut suka)
  • Sayur (sawi/kubis/lobak merah – ikut pilihan)
  • Sedikit susu full cream

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi yang telah diketuk sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
  2. Masukkan air secukupnya. Biarkan hingga mendidih.
  3. Bila air dah mendidih, masukkan perencah kari dalan mi segera dan sos cili. Kacau rata supaya kuah jadi lebih pekat dan berperisa.
  4. Masukkan sosej dan telur. Boleh kacau perlahan atau biarkan telur jadi telur rebus separuh masak dalam kuah.
  5. Kemudian masukkan mi segera dan sayur. Masak hingga mi lembut dan sebati dengan kuah.
  6. Bila kuah mula surut dan nampak pekat, masukkan sedikit susu full cream untuk rasa lebih lemak berkrim.
  7. Kacau seketika dan tutup api. Siap untuk dihidang.

Sumber: Thread @nr_frhni

Baca juga: Cara Buat Mi Goreng Basah Supaya Tak Serap Kuah & Tak Kembang, Esok Pagi Pun Masih Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN