resipi mi kuah kelantanResipi mi kuah Kelantan ini mempunyai rasa pedas dari lada hitam, tapi tak terlalu berlebihan. Kuahnya mempunyai rasa daging yang menyeluruh serta telur yang dimasukkan dalam kuah membuatkan teksturnya jadi lebih berkrim dan lembut.

Sayur-sayuran macam kubis, sawi, dan lobak merah menambah rasa manis yang balance dengan pedas dan masin dalam kuah. Kalau ada kicap sotong, rasa kuah jadi ada sedikit masin berlemak.

Anda wajib makan dengan cili jeruk dan serbuk lada sulah untuk tambah rasa kick lagi!

Jom baca resipi lengkap di bawah ini.

Baca lagi: Resepi Sambal Jantan Yang Popular Di Kelantan, ‘Power’ Bukan Main-Main!

RESIPI MI KUAH KELANTAN

Bahan-bahan:

  • Mee kuning – dicuci dan ditoskan
  • Tulang atau daging – direbus hingga empuk
  • Bawang merah – ditumbuk*
  • Bawang putih – ditumbuk*
  • Bawang besar – dihiris
  • Halia – ditumbuk*
  • Lada hitam – ditumbuk*
  • Sayuran pilihan – sawi, lobak merah (carrot), kubis
  • Telur – untuk lebih rasa lemak dalam kuah
  • Tomato – dipotong untuk menambah sedikit rasa masam manis

Cara penyediaan:

1. Mula-mula, rebuskan tulang atau daging sehingga empuk. Rebusan ini akan menjadi asas kuah yang sedap dengan rasa daging, menjadikan kuah lebih padu.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk iaitu bawang merah, bawang putih, halia, dan lada hitam. Tumis hingga garing dan wangi.

3. Setelah bahan tumis garing, masukkan ke dalam periuk rebusan tulang atau daging. Tambahkan bawang besar yang telah dihiris untuk menambah rasa manis.

4. Masukkan garam secukup rasa, sedikit ajinomoto jika suka, dan serbuk perasa untuk menyedapkan lagi kuah. Biarkan kuah mereneh seketika supaya semua bahan sebati.

5. Pecahkan telur ke dalam kuah yang sedang mendidih, dan kacau perlahan supaya telur sebati dan menjadikan kuah lebih berlemak. Tambahkan sayur-sayuran seperti sawi, lobak merah, dan kubis. Biarkan sayur masak sekejap.

6. Akhir sekali, masukkan mee kuning yang telah dicuci dan ditoskan ke dalam kuah. Gaul perlahan sehingga mi sebati bersama kuah.

7. Angkat dan hidangkan. Anda boleh menambah hirisan tomato sebagai hiasan.

Selamat mencuba!

 

Sumber: Nur Adyani 

Baca lagi: Resepi Telur Puyuh Berempah, Terlajak Sedap Sampai Mak Mentua Pun Puji

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN