Categories: Resipi

Petua Masak Sambal Sotong Mudah & Sedap, Tak Perlu Kisar Bawang

Terdapat pelbagai resipi dan cara masak sotong sambal yang boleh kita rujuk. Ada resipi yang menggunakan banyak bahan, dan ada juga yang sangat mudah untuk diikuti.

Salah satu resipi yang telah tular di laman sosial adalah perkongsian oleh Mohd Izul. Resipi ini mendapat perhatian ramai kerana beliau berkongsi satu petua untuk menjadikan sambal sotong lebih sedap.

Jom lihat rahsianya di bawah. Ibu-ibu wajib mencuba, pasti suami dan anak-anak akan memuji kerana rasanya yang sangat sedap. Semoga bermanfaat!

Baca juga: 6 Jenis Sotong Popular Di Malaysia, Yang ‘Satu’ Ini Paling Banyak Diguna Dalam Masakan

CARA MASAK SOTONG SAMBAL

Bahan-bahan:

  • Sotong segar secukupnya – bersihkan
  • 2-3 biji bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 5 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang yang telah dihiris hingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan cili kering kisar. Masak lagi hingga sambal pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk kunyit untuk menambah rasa sambal.
  4. Seterusnya, masukkan hirisan sotong. Gaul sebati dan teruskan memasak sehingga air sotong keluar. Tidak perlu tambah air.
  5. Apabila sambal sudah berkuah, masukkan asam gelugur.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Sambal sotong yang paling ringkas siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit: Empunya Resipi via Mohd Izul

Baca juga: Resipi Sotong Masak Sambal Penyet, Tak Liat & Lembut Bila Dikunyah

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago