mee goreng daging

Sarapan tak tahu nak masak apa? Kalian boleh cuba resipi mee goreng daging ini. Memang laku keras kalau buat, anak-anak pasti makan bertambah. Kalau masak mee guna daging, rasa dia memang sedap lain macam sikit.

Resipi lazat ini merupakan hasil perkongsian oleh Niq Ain di laman sosial Facebook menerusi grup Masak Apa Hari Ini (MAHN). Kalau ada yang nak cuba, bolehlah tengok resipi di bawah ye.

Baca juga: Resipi Mee Kuah Udang Pikat Hati Mentua, Simple Tapi Lazat & Menyelerakan

CARA BUAT MEE GORENG DAGING

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee
  • Sayur sawi
  • Cili padi
  • Tomato
  • Daging – pastikan hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih – ketuk
  • 1 sb cili boh
  • 4 sb sos tomato
  • 5 sb kicap manis
  • 3/4 sb gula

Cara-cara:

  1. Mula-mula, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili boh 1 sudu besar, tumis lagi sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tomato 4 sudu besar, kicap manis dan gula.
  4. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian baru masukkan daging. Masak daging sekejap sehingga masak.
  6. Masukkan mee dan sayur serta sedikit air.
  7. Kacau rata sehingga basah sedikit kering (mee berkilat).

  8. Siap untuk dihidangkan. Taburkan juga bawang goreng dan daun bawang serta perahkan juga asam limau.

Kredit resipi & gambar: Niq Ain

Baca juga: Cara Masak Mee Kicap Paling Simple, Sesuai Untuk Makan Malam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN