Nak buat maggi kari yang special lain dari lain? Anda boleh cuba masak maggi kari tumis ini.
Asyik buat maggi kari dengan telur je, kadang-kadang datang rasa bosan juga kan.
Puan Che Enon ada berkongsikan resipi maggi kari tumis yang super duper sedap! Nak tahu caranya? Jom lihat resipi di bawah.
Bahan-bahan:
- 1 paket maggi kari
- Sawi (atau apa-apa sayur pilihan)
- Isi ayam, udang atau sotong
- Air secawan setengah
- 1 biji telur
- 3 atau 4 ulas bawang putih diketuk
- 2 sudu sos ikan*
- 1 sudu kicap*
- 2 sudu cili sos*
- 1 sudu sos tomato
- Sedikit gula
Cara-cara:
- Tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan rempah kari dalam paket maggi.
- Masukkan bahan-bahan bertanda (*).
- Masukkan air.
- Masukkan sayur, telur dan maggi.
- Biarkan sekejap sehingga semua bahan masak.
- Jangan terlalu lama, nanti lembik dan tak sedap.
Selamat mencuba!
Kredit: Che Enom Aiskrim