Kuih lepat ubi merupakan salah satu kuih tradisional yang digemari ramai sehingga sekarang. Rasanya yang lemak manis dan kenyal membuatkan semua orang menyukainya, tidak kira tua atau muda.
Cara membuatnya juga tidak begitu sukar jika anda menggunakan resipi perkongsian oleh Rozita Daud ini. Jika ada yang mahu mencuba, ikut saja resipi perkongsian oleh beliau di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Pengat Labu Lemak Manis, Kuah Yang ‘Creamy’ Sangat Mengiurkan!
RESEPI LEPAT UBI LELEH
Bahan-bahan:
- 1 kg ubi diparut dan dibuang air ubi
- 1 kotak santan 200ml
- 2 sudu tepung ubi kayu
- 1 senduk gula merah
- 1/2 senduk gula pasir
Cara-cara:
1. Cairkan 1 senduk gula merah dan 1/2 senduk gula pasir bersama 1 cawan air. Masak sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan air gula sejuk.
2. Apabila air gula sudah sejuk, masukkan dalam ubi yang sudah diparut dan dibuang air. Letakkan juga santan, sedikit garam dan gaul rata. Pastikan adunan lembap supaya bila dikukus nanti tidak menjadi keras.
3. Guna acuan lompang, sapu sedikit minyak. Kemudian, baru masukkan adunan tadi.
4. Kukus selama 10 hingga 15 minit.
5. Untuk dadih leleh, satukan 1 cawan tepung beras dan 1 sudu kecil garam. Masukkan juga 1 kotak santan di dalam cawan, campur air semua sekali santan dan air 5 cawan, jangan lebih.
6. Kacau terlebih dahulu sebelum hidupkan api. Bila dah sebati, baru hidupkan api dan kacau sampai pekat dan mendidih.
7. Masukkan lepat ubi yang sudah dikukus tadi.
8. Ambil seketul lepat ubi dan bungkus dengan kemas. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Rozita Daud
Baca juga: Cara Buat Sagu Gula Melaka, Ini Petua Sagu Jadi Sebiji-Sebiji & Jernih Macam Kristal