“Adakah resipi laksa Johor selalu menggunakan spaghetti?” Soalan itu diajukan oleh adik ipar Jun Musliha Azlina Ibrahim dan Nur Solihab.
“Entah.. dari yang saya ingat, ketika emak memasak dahulu, memang menggunakan pasta spaghetti itu.” Emak adalah graduan Sekolah Vokasional Urusan Rumahtangga Ibu Azizah di Johor Bahru.
Katanya, setiap kali Istana Bukit Serin mengadakan majlis, pasti terdapat jamuan laksa Johor. Oleh itu, pelajar-pelajar sekolah tersebut dijemput untuk membantu.
Baca juga: Laksa Lemak Siam, Menu ‘Rare’ Kuah Pekat Guna Resipi ASLI
Emak juga mengatakan bahawa pada masa itu, Sultanah adalah seorang wanita Barat, mungkin itulah sebabnya mee digantikan dengan spaghetti. Akhirnya, masyarakat Johor terbiasa dengan itu.
Laksa Johor menggunakan ikan parang atau tenggiri, ditambah dengan ikan kurau kering dan udang kering. Semuanya direbus dan dikisar halus. Hidangan ini agak mahal kerananya ia merupakan citarasa istana. Jadi, bolehlah dikatakan laksa istana.
Cara potong dan hiris timun juga berbeza. Jadi, jika ada yang ingin merasai kelazatannya, boleh ikuti resipi dari Hajah Rukiah ini.
Bahan A:
(Rebus dan gunakan air rebusan untuk dikisar halus)
Bahan B:
(Goreng tanpa minyak dan kisar halus)
Bahan C:
(Campur sedikit air dan kisar halus)
Bahan D:
Bahan E:
Cara-cara:
1. Masukkan bahan C dalam periuk besar. Masak sehingga keluar sedikit minyak.
2. Masukkan bahan A, B, dan D. Masak dalam api sederhana selama 45 – 60 minit. Sentiasa kacau agar santan dan ikan tidak berketul.
3. Jika terlalu pekat, tambah air. Perasakan dengan garam, asam, dan gula. Apabila kuah mengelegak dan keluar minyak, bolehlah mematikan api.
4. Letak sedikit bahan E dalam bekas. Curahkan kuah laksa.
5. Selamat mencuba dan selamat menikmati. Semoga ia memberi manfaat. InshaAllah.
Baca juga: Laksa Mee Pangkor Resipi ASLI, Hidangan Signature Unik di Pulau Pangkor
Sumber: Hajar Rukiah
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…