Mari cuba buat resipi Laddu dari perkongsian Mamak Haji ini. Ia adalah sejenis manisan yang popular dalam pelbagai acara dan perayaan di India.
Laddu biasanya dibuat daripada bahan-bahan seperti tepung kacang, gula, minyak sapi, kacang, bijan, dan rempah ratus seperti buah pelaga. Manisan ini dibentuk menjadi bebola kecil dan sering dihiasi dengan kekacang.
Baca juga: Ayam Butter Cara Masakan India, Sedap Rasa Rempah dan Lemak Berkrim!
Terdapat pelbagai jenis laddu yang mempunyai rasa dan tekstur yang berbeza. Antara jenis laddu popular ialah Besan Laddu (dibuat dengan tepung chickpea), Motichur Laddu (dibuat dengan bebola tepung chickpea) dan Rava Laddu (dibuat dengan semolina atau sooji).
Laddu atau laddu boondi ini amat masyor dalam masakan ringan manisan istimewa dari benua India. Laddu adalah simbolik untuk kemakmuran dan juga kemanisan hidup.
Dalam penyediaan laddu ini ada tiga peringkat. Peringkat pertama, penyediaan penyediaan boondi, peringkat kedua penyediaan sira gula dan peringkat ketiga penyediaan laddu. Untuk memudahkan mamak haji pecahkan tiga bahagian ini yea. Mungkin panjang penjelasan nanti tapi ia berbaloi.
Bahan kerepek boondi:
Bahan sira gula:
Cara penyediaan sira gula: Masak air gula kacau sebatikan gula dan air. Bila dah masak menjadi sira gula, ketepikan.
Bahan sampingan:
Cara penyediaan boondi:
1. Masukkan tepung kedalam bekas. Masukkan soda dan garam, gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan jadikan adunan pekat seperti tepung roti sorai. Masukkan pewarna.
3. Dalam jadikan tepung ini jadi boondi, kita perlukan acuan berlubang sama seperti penceduk ikan yg berlubang kecil.
4. Panaskan minyak secukup, pegang acuan itu 2-3 inci di atas paras minyak. Tuang adunan tepung ke atas acuan. Tepung akan meleleh dgn sendiri kedalam lubang acuan dan jadikan ia seperti titisan. Titisan tepung ini akan kembang bulat kecil-kecil.
Bila warna bertukar keemasan dan agak ranggup, kelaurkan boondi ini dan tapiskan minyak berlebihan dgn kertas tisu dapur. Masukkan dalam sira gula yg telah sediakan yang masih panas suam.
5. Sambung semula gorengan boondi sehingga habis keseluruhan adunan tepung dam masukan kedalam sira gula yg telah sediakan.
6. Masukkan serbuk buah pelaga dan juga biji janggus. Kacau adunan ini dan biarkan selama 1-2 jam.
7. Dengan garpu, pecahkan sebahagian boondi ini dan sapukan sedikit minyak dipermukaan tapak tangan dan mula jadikan bebola laddu saiz yang kehendaki. Anda boleh dapat 15 biji laddu yg cantik.
Nota tambahan: Dalam segala keadaan sira gula perlu berada dalam panas suam dan semasa goreng boondi, tentukan minyak perlu panas. itu saja.
Selamat mencuba resepi manisan India ini di rumah.
Sumber: Mamak Haji
Baca juga: Ulunthu Vadei Kuih Tradisi India, Elok Lembut Ikut RESIPI Ini
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…