Categories: Resipi

Resipi Kuih Ku Inti Kacang, Rasa Berlemak & Cantik Merah Berkilauan Serta Sedap!

Resipi kuih ku atau lebih dikenali sebagai Ang Ku Kueh adalah kuih tradisional yang terkenal di kalangan masyarakat Cina. Walaupun bukan berketurunan Cina, anda masih boleh menikmati dan mencuba membuat kuih ini di rumah.

Resipi ini menggunakan inti kacang tanah yang wangi dan doh yang lembut. Rasanya pula sangat manis dan berlemak. Mudah dan sedap terutama bersama teh panas.

Jom kita cuba!

Baca lagi: Rahsia Bihun Goreng Simple Tapi Sedap, Cantik Dan Tak Putus-Putus Hasilnya!

RESIPI KUIH KU

Bahan-Bahan:

Bahan untuk Inti Kacang:

  • 200g kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar halus)
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • ½ sudu teh garam

Bahan untuk Doh:

  • 100g kentang (direbus, ditoskan, dan dilenyek halus)
  • 200g tepung pulut
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • ½ sudu teh pewarna merah
  • 135g air

Bahan Tambahan:

  • Daun pisang (potong kecil, sapu minyak di permukaan)

Langkah Penyediaan:

1.Campurkan kacang tanah yang telah dikisar bersama gula kastor, minyak jagung, dan garam.

2. Gaulkan hingga sebati dan boleh dikepal.

3. Timbang setiap bahagian inti sebanyak 15g dan bulatkan. Ketepikan.

4. Campurkan kentang lenyek, tepung pulut, gula kastor, minyak jagung, dan pewarna merah.

5. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga menjadi doh yang lembut.

6. Timbang doh sebanyak 30g setiap bahagian dan bulatkan.

7. Ambil sebiji doh, leperkan sedikit dan masukkan sebiji inti kacang.

8. Tutup dan bulatkan semula, kemudian tekan perlahan hingga sedikit leper.

9. Letakkan kuih yang telah dibentuk di atas daun pisang yang telah disapu minyak.

10. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.

11. Letakkan kuih ke dalam pengukus dan kukus menggunakan api sederhana selama 10 minit.

12. Setiap 3 minit, buka penutup pengukus untuk mengelakkan kuih menjadi melebar.

13. Setelah kuih masak, sapu permukaan kuih dengan sedikit minyak jagung untuk kilauan dan kelembapan.

14. Kuih Ku sedia dihidangkan!

Sumber: Rahel Home Made 

Baca lagi: Cara Buat Lempeng Guna Roti Gardenia, Cepat Siap Dengan 5 Langkah!

Aisha Qistina

Recent Posts

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

5 hours ago

Kek Pisang Karamel Yang Cantik Sempurna, Guna Resipi Ini Pasti Menjadi!

Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…

7 hours ago

Strawberry Cheesecake, Resipi Tanpa Oven Ini Sangat Ringan & Tak Muak!

Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…

7 hours ago

Boko Ubi Kayu Lembut Bergedik, Baru Sekali ‘Ngap’ Terus Rasa Nikmatnya

Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…

8 hours ago

Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…

8 hours ago

Nasi Lemak Sedap Tanpa Santan, Lebih Berselera Makan Dengan Sambal Kosong

Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…

9 hours ago