resipi kuih cara manis

Setiap kali sarapan, mesti teringin nak makan kuih tradisi yang lembut dan manis. Antara yang paling senang nak buat dan sentiasa jadi pilihan ramai tentulah resipi Kuih Cara Manis.

Kuih ini bukan saja ringkas dari segi bahan, malah cara buatnya pun mudah. Cukup ada acuan khas, adunan yang cair-cair sikit, kemudian letak gula di tengah, jadilah Kuih Cara Manis yang lembut dan manis berlemak.

Nak buat sendiri kuih ini di rumah, boleh ikut resipi Kuih Cara Manis oleh Miza Abdullah di Facebook. Selepas buat, anda akan dapat hidu bau pandan yang harum semerbak. Jom kita cuba!

Baca juga: Kuih Cara Berlauk Guna Inti Kentang, Lembut Dan Manisnya Cukup Rasa!

RESIPI KUIH CARA MANIS

resipi kuih cara manis

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, satukan tepung, air pandan, santan, air dan garam.

2. Selepas itu, kacau rata sampai adunan sebati dan tak berketul.

3. Kemudian, panaskan acuan kuih cara dan oles sedikit minyak supaya tak melekat.

4. Seterusnya, tuang adunan ke dalam acuan tapi pastikan jangan penuh sangat.

5. Kemudian, letakkan sedikit gula pasir di tengah-tengah setiap kuih.

5. Setelah itu, tutup penutup dan biarkan sampai masak serta permukaan kuih kelihatan kering.

6. Akhir sekali, angkat, sejukkan sekejap dan sedia untuk dihidang. Siap!

resipi kuih cara manis

Paling menarik, kuih ini bukan sekadar sedap dimakan panas-panas, tapi apabila sudah sejuk pun masih lembut dan harum. Jadi, tak hairanlah kuih ini diminati ramai sampai sekarang.

Selamat mencuba!

Sumber: Miza Abdullah

Baca juga: Kuih Cara Manis Versi Jagung, Lembut Dan Lemak Manis Tetap Rasa Klasik

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN