PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-08-21 04:05:17
Koay Teow Th’ng sememangnya hidangan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat cina kerana keenakannya. Selalu bila jalan-jalan cari makan di Pulau Pinang, mesti para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menikmati menu ini. Kini, anda boleh mencuba resipi ini sendiri di rumah! Bahan-bahannya juga mudah untuk didapati. Oleh itu, jom ikuti perkongsian resipi ini daripada Azura Felula menerusi laman Facebook.
Penyediaan sup (untuk 2 orang makan)
Bahan-bahan:
- 2 ketul ayam
- Sebiji bawang merah
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- Kiub ayam
- Garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan rencah/hiasan:
- Koay teow (dicelur)
- Fishcake
- Daun bawang
- Taugeh (dicelur)
- Lada putih
Cara-cara:
- Rebuskan semua bahan diatas hingga mendidih selama setengah jam dengan api yang perlahan.
- Kemudian, toskan ayam dan carik-carikkan untuk dijadikan rencah/hiasan.
- Tapis bawang-bawang dan halia untuk mendapatkan sup yang lebih jernih. Kemudian, masukkan semula tulang ayam tadi dan rebus dalam 10 minit.
- Untuk mendapatkan rasa asli Koay Teow Th'ng Ala Chinese, goreng bawang putih yang telah dicincang dlm minyak. Pastikan jangan terlalu garing dan tambahkan di dalam sup ketika dihidang.
Siap untuk dihidang. Selamat menjamu selera!