Ketupat palas biasanya dibungkus mengggunakan daun palas, namun ianya tidak mudah dan bukan semua orang pandai. Oleh itu, jika pertama kali nak cuba buat, boleh follow resipi ketupat daun pisang di bawah.
Tidak dinafikan, kita boleh boleh saja dapatkan ketupat segera yang ada dijual di pasaran. Namun pastinya kita inginkan ketupat tradisional yang memberikan aroma yang lebih wangi dan sedap bukan?
Jika risau ketupat tidak menjadi kerana sukar untuk membungkus menggunakan daun palas, jom kita gunakan daun pisang, Cara membungkusnya memang sangat mudah.
Baca juga: Cara Buat Lemang Guna Air Fryer, Rasanya Tetap Asli Walaupun Moden
Resipi Ketupat Daun Pisang Yang Mudah
Bahan-bahan:
- 4 cawan beras pulut
- 2 biji kelapa – ambil santannya
- 1 helai daun pandan
- Garam secukup rasa
- Daun pisang secukupnya
Cara memasak:
1. Basuh beras pulut dan rendam selama 2 jam. Toskan.
2. Kukus beras pulut bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam dan daun pandan. Boleh kukus sampai masak atau separuh masak.
3. Biarkan pulut sejuk seketika sebelum dibalut dengan daun pisang. Ikat kemas.
4. Bila dah siap balut, boleh kukus sekali lagi selama 15 – 20 minit.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama rendang, serunding atau apa-apa menu kegemaran anda.
Kredit resipi & foto: Hairul Hamid
Baca juga: Cara Buat Lontong Yang Sedap ‘Padu’, Tak Puas Hirup Kuah Sampai Licin!